in

“Nak gelak pun serba salah” – Video Pemuda ‘Ditampar’ Pokok Ketika Nyanyi Jadi Bahan Ketawa Netizen

Featured Image Tik Tok Faisal Suhaimi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum adanya TikTok, selalunya kalau nak hiburkan hati tengok video-video yang kelakar ni di YouTube,Twitter mahupun Facebook je. Tapi, bila dah ada TikTok ni, boleh kata bila ada waktu lapang je, pasti akan kesana untuk tengok konten-konten menarik yang disediakan oleh orang ramai.


Seperti satu video yang min nak kongsikan ni lah. Diambil dari pembuat konten @faisal.suhaimi,kalau perasan, geng-geng Faisal Suhaimi ni jadi sebutan jugak semasa sukan olimpik dijalankan.

Mana taknya, mereka sekawan akan memainkan semula acara-acara olimpik tersebut tapi menggunakan apa yang ada di sekeliling mereka. Salah satu yang sempat tular adalah acara berbasikal di kawasan selut.

Sehingga hari ini, video acara berbasikal yang menampilkan suara pengulas sukan terkenal Malaysia tersebut memperolehi hampir 350 ribu tontonan.

@faisal.suhaimiACARA KIERIN SUKAN SEA-LUT @faizaldanialsuhaimi @sharifdaznisuhaimi @.qumalhakimsuhaimi♬ original sound – Faisal suhaimi 박진살

Namun, ada sebuah lagi video yang menjadi perbualan ramai dan sering naik di FYP (For You Page) di aplikasi TikTok adalah satu kejadian yang sebenarnya sering terjadi pada ramai orang, namun apabila terjadi pada Faisal ni, jadi kelakar pulak.

Faisal Suhaimi Tiktok 4 Horz

Kononnya pada konten tersebut Faisal ingin berkongsikan sebuah video pendek yang menunjukkan bakatnya menyanyi, dan ketika video tersebut diambil, kelihatan dia berada di belakang sebuah kenderaan dan melalui kawasan hutan.

“Nak nyanyi lagu”  

Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila dia baru memulakan nyanyian, tiba-tiba ada pelepah pokok yang dipercayai pokok kelapa sawit telah ‘menampar’ mukanya.

@faisal.suhaimiApa dosa aku??♬ original sound – Faisal suhaimi 박진살

Gara-gara reaksi spontannya itu, selain mungkin ramai yang pernah mengalami situasi yang sama, video tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen dan ramai yang tergelak besar dengan kejadian tersebut.

Tiktok Comment Blurred

Mana taknya, sehingga kini, video pendek tersebut telah mendapat lebih daripada sejuta tontonan dan lebih daripada 5 ribu komen yang rata-rata terhibur dengan kejadian tersebut.

Tiktok Comment 2

Dalam banyak-banyak komen, ada juga sempat menyakat dan mengatakan kononnya pokok tersebut turut merasakan suara beliau sumbang dan kerana itu dengan sengaja ‘menamparnya’ sebelum nyanyian sempat bermula.

Aduh, sampai kesini rasanya ‘bisa’ penampar pokok tu….

Baca : “Mentang-mentang dah dua dos”- [Video] Netizen Terhibur, Kambing Lepasi Sekatan Jalan Raya Siap Bawa Satu ‘Family’

Ft Kambing

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.