in

“No money no talk” – Anak Lelaki DSV Minta Bakal Bapa Tiri Bagi RM10k Sebulan?

Collage 36

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini Cik B secara terang-terangan memberitahu tentang ketidaksenangannya mengenai khabar angin ibunya, Datuk Seri Vida (DSV) yang dikatakan bakal berkahwin dengan lelaki muda.


Reaksi adiknya lain pula, Kacak atau nama sebenarnya Muhammad Eric Zaquan mengatakan yang dia setuju jika ibunya ingin berkahwin semula tapi…

No money, no talk

Screenshot 2021 09 16 At 1.41.14 Pm

Baru-baru ini, Kacak ada memuat naik video di TikTok peribadinya memberitahu yang dia juga sering diajukan persoalan tentang ibunya yang dikatakan bakal berkahwin.

Menurutnya, walaupun dia bersetuju jika ibunya ingin berkahwin tapi bukanlah semudah itu. Katanya, mana-mana individu yang nak berkahwin dengan DSV perlu memberikan dia sejumlah wang.

First of all, saya nak cakap yang kalau mama nak kahwin, I’m just gonna agree with it. But not gonna agree macam tu je la kan. You have to give me some… You know…

If he wants my mom, then give me some. Yes money. No money, no talk.

I will agree with everything, don’t worry. I’m not being a gold digger ke apa, you know how money works.”

Manakala menerusi ruangan komen pula, Kacak memberitahu yang dia mahukan duit berjumlah RM10,000 sebulan. Wow banyak jugak tu!

Pun begitu, menerusi kapsyen videonya itu, Kacak memberitahu yang dia hanyalah bergurau kerana dia mempunyai duitnya sendiri.

Video yang dimuat naik oleh Kacak ini telah pun mendapat tontonan sebanyak 53K dan rata-rata netizen terhibur dengan reaksi yang diberikan oleh remaja berusia 14 tahun ini.

@d_masiv

JUST A JOKE PLEASE I HAVE MY OWN MONEY ?

♬ original sound – إيريك زاكوان? – إيريك زاكوان?

Screenshot 2021 09 16 At 1.38.07 Pm Down

Hahaha nasib baik Kacak gurau je, kalau betul kena bagi RM10K sebulan tu sakit jugak!

 

Baca: “Pura-pura terkejut & tak tahu” – Netizen Berdekah Tengok Reaksi ‘Innocent’ Cik B Pasal DSV Nak Kahwin

Screenshot 2021 09 16 At 1.47.52 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.