in

Cik B Akui Ada Yang ‘Confess’, Tapi Pilih Jaga Privasi Sebab Nak Cari Yang Betul-Betul Memahami

Syaz Ft 2026 08 27T165833.710

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida, Cik B, mendedahkan kriteria lelaki yang bakal menjadi pilihan hatinya untuk masa hadapan.

Cik B, atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, menjelaskan bahawa dia mengutamakan lelaki yang mempunyai kesetiaan, kukuh dari segi kewangan, serta sekufu dari sudut cara berfikir.


Artikel berkaitan: “Saya tak pernah dapat hadiah macam ni” – Cik B Belanja Viviana iPad, Netizen Tumpang Gembira

Artikel berkaitan: “Kereta idaman” – Cik B Tak Sangka, DSV Hadiahkan Lamborghini Urus RM1.6 Juta Sempena ‘Birthday’

Menurutnya, keserasian pemikiran sangat penting bagi memastikan persefahaman antara satu sama lain sekali gus mengelakkan sebarang perbalahan dalam perhubungan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Boss B (@cikb_havoc66)

“Saya nak setia dan kaya. Tunggu saya glow up dulu. Bab bab cari kawan dan pasangan kena sekufu dari segi cara pemikiran.

Kalau kita dengan orang tak sekufu, kita akan asyik bergaduh. Kena cari orang yang faham dengan kita,” katanya.

Mengulas lanjut, Cik B turut berpendapat perbezaan latar belakang kehidupan boleh menimbulkan cabaran sekiranya pasangan gagal menyesuaikan diri dengan situasi masing-masing.

“Contoh, kita orang berada tetapi dia bukan berada. Kita dari kecil dah selesa tetapi dia tidak, dia tak boleh adapt. Kita pula yang kena adapt,” kongsinya.

Dalam pada itu, Cik B tidak menafikan ada individu yang pernah meluahkan perasaan kepadanya. Walau bagaimanapun, dia memilih untuk merahsiakan perkara tersebut dan tetap berpegang teguh pada pendiriannya untuk mencari pasangan yang benar-benar sekufu.

Sumber: Gempak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.