Suasana di Konsert TikTok 11.11 Mega Syok bertukar romantis apabila penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, membuat kejutan besar dengan melamar usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV), secara siaran langsung di atas pentas.
Kejutan yang dianggarkan menelan kos keseluruhan sekitar RM500,000 itu diserikan dengan persembahan 1,200 buah dron di udara. Dron berkenaan membentuk mesej unik dan melucukan, “nak duduk Ipoh ke KL?”, sekali gus memukau penonton di lokasi serta ribuan pengikut yang menyaksikan acara berkenaan menerusi siaran TikTok Live.
Artikel berkaitan: “Doa nak lelaki macam Syed Saddiq, sekali dapat Prince Syed” – Hantaran DSV Buat Ramai Terhibur
Artikel berkaitan: Dipertikai Kerana Bersentuhan Semasa Berubat, Ada Netizen Dakwa DSV & Datuk Fazley Dah Kahwin?
DSV Sebak Terima Lamaran
DSV, 56, yang tidak dapat menahan rasa terkejut dan sebak, terus memberikan jawapan positif terhadap lamaran berkenaan. Beliau menyifatkan momen indah tersebut sebagai permulaan kepada pintu kebahagiaan dalam hidupnya selepas sekian lama.
View on Threads
“Jawapan saya yes, yes dan yes (ya), terima kasih sayang.
“Adakah ini permulaan kepada semua benda besar termasuk doa untuk berbahagia dengan pasangan? Ini semua pembuka pintu kepada kebahagiaan itu,” katanya dengan nada terharu.
Simbolik Cincin Tiara Habib Jewel
Sebagai tanda keseriusan, Fazley menyarungkan sebentuk cincin khas bernilai RM7,000 hasil ciptaan Habib Jewel. Cincin itu direka khas menyerupai tiara—diinspirasikan daripada penampilan DSV yang gemar memakai mahkota (crown). Rekaan itu merupakan satu-satunya yang dihasilkan khas untuk usahawan berkenaan sebagai simbolik keistimewaannya di mata Fazley.
Menurut Fazley, dia memilih platform berkenaan kerana menganggap DSV sebagai ‘Queen of TikTok’ yang wajar dirayakan dalam ruang media sosial yang disayanginya.
“Ramai pengikut mengenalinya melalui TikTok dan sentiasa mengikuti siaran langsungnya. Sebab itu saya mahu melamarnya menerusi platform yang dekat dengan hati dan pengikutnya,” jelas Fazley.
Jawab Spekulasi Hubungan & Restu Keluarga
Persiapan rahsia selama dua minggu itu turut diselingi dengan persembahan dua buah lagu oleh Fazley, termasuk lagu kegemaran DSV, Di Alam Fana Cinta.
Fazley menegaskan bahawa kejutan terbuka ini dibuat bagi memberikan jawapan jelas kepada masyarakat yang sering tertanya-tanya mengenai status sebenar hubungan mereka.
“Selama ini ramai bertanya sama ada hubungan kami benar-benar serius, sekadar kandungan media sosial atau sebenarnya sudah berkahwin. Jadi, saya mahu memberikan jawapan yang jelas kepada masyarakat,” katanya.
Momen bersejarah itu turut mendapat sokongan dan restu penuh daripada anak-anak kedua-dua belah pihak, iaitu empat anak Fazley serta dua cahaya mata DSV yang hadir menyaksikan kejutan berkenaan.
Sebelum ini, isu hubungan mereka mula hangat diperkatakan selepas menyertai program Talk To My Manager 2 (TTMM2), malah DSV pernah mencetuskan tumpuan ramai apabila memuat naik hantaran mendakwa mereka sedang melalui fasa pertunangan.
Sumber: Threads
