in

“Pura-pura terkejut & tak tahu” – Netizen Berdekah Tengok Reaksi ‘Innocent’ Cik B Pasal DSV Nak Kahwin

Ft Cik Bagi Respon Dsv Nak Kahwin 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Salah satu topik yang dibualkan di media sosial kini kisah Dato’ Seri Vida (DSV) yang kini sedang dilamun cinta dengan bekas PA dia.


Malah, baru-baru ini DSV dikatakan bakal melangsungkan perkahwinannya dengan jejaka idamannya yang dikenali sebagai Ahmad Iqbal itu pada bulan Disember ini jika Pelan Pemulihan Negara (PPN) ditamatkan.

 

Respon Cik B

Walaubagaimanapun, menurut sumber, ketika DSV ditanya mengenai penerimaan anak-anaknya, DSV mengatakan dia masih belum berani untuk khabarkan hal ini kepada anaknya, Cik B.

“Kacak tiada masalah rasanya. Cuma Cik B dia agak protektif dengan saya. Saya belum berani untuk beritahu kepada mereka tentang hasrat saya (untuk berkahwin).

“Biarlah mereka dengar dahulu daripada media bukan daripada bibir saya sendiri. Cik B perlu masa untuk menghadapi semua ini. Perlahan-lahan saya akan beritahu dirinya.”

Berkenaan dengan kenyataan ini, Cik B dah bagi respon menerusi Twitter miliknya hari ini yang membuatkan ramai netizen terhibur.

Umumnya kita tahu CikB ini terkenal dengan di media sosial dengan sikapnya yang selamba dan kelakar. Dalam masa sejam, tweet ini telah meraih 4,000 jumlah retweets! Ramai netizen berdekah apabila melihat reaksi ini.

 

Baru perasan anak dia yang quote – Netizen

Cik Bagi Respon Dsv Nak Kahwin 7 Cik Bagi Respon Dsv Nak Kahwin 6 Cik Bagi Respon Dsv Nak Kahwin 4 Cik Bagi Respon Dsv Nak Kahwin 3 Cik Bagi Respon Dsv Nak Kahwin 2 Cik Bagi Respon Dsv Nak Kahwin

 

Sebelum ini, DSV ada menyatakan bahawa dirinya yakin bahawa Iqbal adalah jodohnya biarpun jarak umur 22 tahun lebih muda, menurutnya doa dan buat solat Istikharah membuatkan dirinya yakin bahawa Iqbal adalah jodohnya. katanya lagi, Iqbal seorang lelaki yang jujur dan bertanggungjawab.

Apapun harap segala urusan dipermudahkan.

 

Baca : “Dalaman cantik” – DSV Hantar Voice Note Menangis Kegembiraan Pada Iqbal Lepas Buat Ujian Ovarian Reserve

Dato Vida Jalani Ujian Ovarian Reserve Iqbal

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.