in

“Rahsianya, sayang?” – Datuk Fazley Tersasul Guna Panggilan Manja, DSV Dilihat Makin Berseri-seri

Ft Dsv

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Usahawan, Dato’ Seri Vida (DSV) dan cef selebriti serta penyanyi, Datuk Fazley Yaakob menjadi tumpuan netizen apabila tular kemesraan mereka sejak kebelakangan ini.

Mereka makin menjadi sorotan orang ramai apabila Datuk Fazley dilihat tersasul menggunakan panggilan manja kepada DSV dalam satu sesi live di TikTok.


Artikel berkaitan: “Kereta idaman” – Cik B Tak Sangka, DSV Hadiahkan Lamborghini Urus RM1.6 Juta Sempena’Birthday

Artikel berkaitan: DSV Anggap Ada Persamaan Dengan Azar Azmi, Akui Salah Pilih Pasangan

“Rahsianya, sayang”

Dalam video tersebut jelas kelihatan DSV tersipu-sipu malu apabila ayat ‘sayang’ itu terkeluar dari mulut Datuk Fazley. Malah berdasarkan pemerhatian netizen, ramai yang memuji DSV nampak lebih berseri-seri semenjak dia rapat dengan penyanyi lagu Asmara Ini itu.

Dalam pada itu, menerusi mStar Online, DSV tampil menceritakan situasi yang terjadi sambil memberikan bayangan yang mereka mempunyai hubungan istimewa, katanya, dia sendiri tidak mengetahui punca Fazley terus menggunakan panggilan berkenaan sehingga menjadi perhatian ramai.

“Panggilan sayang itu bermula dengan tersasul. Saya tak tahu kenapa Fazley boleh tersasul, kemudian asyik ulang perkara sama.” 

Kata DSV lagi, dia lebih selesa untuk membiarkan orang ramai menilai sendiri mengenai hubungan mereka berbanding memberi pelbagai penjelasan. DSV turut menunjukkan cincin yang disarungnya.

Mengulas lanjut, DSV mendedahkan hubungan mereka mula rapat apabila DSV mencari cef untuk berkolaborasi membuka sebuah restoran, oleh sebab itu dia bersua dengan Datuk Fazley dan mereka menjadi semakin rapat.

Sumber : Threads, mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.