Beberapa penyanyi tempatan telah mengharumkan industri seni negara dengan membuat kolaborasi bersama penyanyi antarabangsa. Antara yang terbaru ialah Yuna yang berduet dengan Usher serta tidak dilupakan Mizz Nina yang pernah berkolaborasi dengan Flo Rida dan Jay Park.
Terbaru, pelakon berbibir seksi, Kilafairy yang juga merupakan anak kepada penyanyi, Rohana Jalil telah melebarkan sayapnya dalam bidang nyanyian dengan berkolaborasi dengan penyanyi R&B terkenal, Sean Kingston.
Single sulungnya yang bertajuk Put The Word In itu juga menampilkan DJ Aku Ash dan beberapa artis tempatan yang muncul di dalam klip video lagu tersebut yang dimuat naik di Youtube pada 16 Februari lalu. Meskipun kolaborasi dua negara berkenaan dipuji ramai, video muzik tersebut telah mendapat kritikan kerana tidak mencapai tahap ‘international’. Opss macam mana tu?
Netizen juga secara terang-terangan mengaku mereka menonton video muzik itu kerana Sean Kingston dan pelakon Izara Aisyah berada di dalamnya. Bukannya kerana ia sebuah lagu yang menarik dan dinyanyikan oleh Kilafairy. Alahai…
Namun apa yang menambah kepada kontroversi ialah aksi keterlaluan Kilafairy yang bergelek di dalam video tersebut. Pelakon dan penyanyi itu dicemuh sebagai simbol seks kerana menari dengan penuh ghairah seakan penari tiang. Opss! Tajamnya mulut netizen ni.
Malah bibirnya yang ‘seksi’ juga dipertikaikan netizen dan menjadi punca mengapa mereka benci melihatnya di dalam video klip tersebut. Body cantik tetapi muka buruk? Alamak!
Walau bagaimanapun, ada di antara netizen juga menyelar komen negatif di video muzik tersebut dan menyifatkan mereka yang mengutuk Kilafairy hanya dengki dengan kecantikan wanita tersebut. Malah lagu yang dinyanyikan artis wanita ini juga memang terbaik hasilnya.
Apa-apapun semoga Kilafairy terus sukses dalam bidang nyanyian. Jangan cepat terasa dengan komen netizen tu. Ambil sebagai semangat dan perbaiki apa yang kurang. 😉
Baca: “Saya jarang pakai baju dedah tubuh” – Kilafairy Tak Suka Dilabel Sebagai Simbol Seks