“Saya jarang pakai baju dedah tubuh” – Kilafairy Tak Suka Dilabel Sebagai Simbol Seks

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Dengar saja nama Kilafairy pasti ramai lelaki yang tak senang duduk dibuatnya. Kalau dahulu aktres bertubuh curvy ini tidak kisah dengan komen berbaur lucah yang memenuhi ruang Instagram peribadinya dek kerana foto seksi yang dimuat naik, kini lain pula ceritanya!

Menurut Utusan Online, anak kepada penyanyi Rohana Jalil ini semakin rimas dengan kritikan masyarakat yang melabelnya sebagai simbol seks Malaysia. Menolak keras tanggapan tersebut, Kilafairy berpendapat seksi itu adalah perkara yang subjektif dan ia tidak patut dipandang sebagai sesuatu yang negatif.

Sumber: Instagram

Nak cakap saya seksi? Saya jarang tampil dengan pakaian yang mendedahkan tubuh saya. Saya sudah cukup matang untuk berfikir mana yang baik dan buruk untuk diri sendiri.

“Sebelum dikecam netizen, ibu bapa saya sudah menegur kalau saya memakai pakaian yang terlalu seksi. Lagipun saya sendiri tidak selesa untuk memakai pakaian yang seksi dan mendedahkan,” katanya.

Boom! Tu diaa Kila sembur haters!

Sumber: Instagram

“Bagi saya, itu adalah pandangan peribadi setiap individu. Saya tidak mahu dibentuk oleh kata-kata orang lain. Saya bukan hendak dilabel dan dikatakan pelakon seksi.”

Tegasnya, dia kini lebih suka bertemu dengan rakan media untuk bercakap tentang isu kerjayanya yang ingin dikongsi kepada peminat. Namun, bukan pula pergi melayan gosip murahan dan kontroversi yang tidak berasas.

“Saya memang suka duduk di rumah sahaja. Kalau keluar dengan kawan-kawan tidak kira sesama artis pun, kami jarang bercakap tentang gosip atau kisah dalam kain artis lain. Saya bukan jenis begitu.”

Baguslah macam tu Kila! Tak ada faedahnya bercakap tentang hal orang lain. 

Sumber: Instagram

Sementara itu, Kilafairy bakal mengukir sejarah tersendiri apabila telah bergabung dengan penyanyi dari Hollywood, Sean Kingston dalam single terbaru iaitu Put World In.

“Semuanya berlaku dengan begitu pantas sekali. Saya sendiri tidak menyangka berpeluang berduet dengan bintang Hollywood popular seperti Sean. Tapi ini membuka lembaran baharu dalam kerjaya nyanyian saya. 

“Saya harap lagu ini dapat memenuhi permintaan peminat walaupun muziknya sedikit urban,” katanya.

Wah tak sabar nak dengar duet Kilafairy dengan Sean Kingston tu! Bagi mereka yang suka-suka label Kila itu dan ini, hentikanlah. Kila tak suka orang kutuk-kutuk dia macam tu tau.

Baca: “Merecik hawau…” – Kilafairy Tidak Peduli Komen Berbaur Lucah Dari Netizen

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!