in

“Ni je caranya” – Kakitangan Pembersihan Bina Kubur Palsu Untuk ‘Ajar’ Penduduk Suka Buang Sampah Merata

Kubur Palsu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa saja yang tak terkejut kalau tiba-tiba kawasan tepi jalan yang sebelum ini kosong tiba-tiba muncul longgokan tanah seperti kubur. Lagi terkejut bila longgokan tanah tu siap ada taburan bunga dan tanda salib sebagai batu nisan.


60D5A16570E3C E1624759381286

Itu lah apa yang berlaku di Sempakata, Medan Selayang, apabila penduduk setempat digemparkan dengan penemuan kubur yang tiba-tiba muncul di tepi jalan sekitar kawasan itu.

Bagaimanapun, ternyata, tiada jenazah pun yang dikebumikan di situ. Kubur terbabit rupanya hanyalah cara kreatif kakitangan pembersihan yang sengaja menghasilkan ‘kubur’ terbabit di kawasan hotspot pembuangan sampah.

Kepling Buat Kuburan Palsu E1624759414961

Menurut ketuanya, Hendri Ginting, ‘kubur’ itu sengaja dibuat untuk menegur, sekaligus memberikan rasa takut kepada penduduk setempat yang sering membuang sampah sembarangan.

“Kerana emosi lihat warga setempat yang sepertinya tak sedar dengan perbuatan mereka membuang sampah merata, kami terpaksa buat begini. Biar mereka takut dan sedar,” kata Hendri. 

Tambah Hendri lagi, dia sedar bahawa pendekatan ‘kreatif’ itu sudah tular di media sosial. Namun, dia tidak risau kerana sudah mempunyai rancangan lain sekiranya ‘kubur’ ini sudah tidak berkesan lagi untuk menghalang penduduk setempat membuang sampah merata-merata.

“Jika kubur palsu itu sudah tidak berkesan, pihak kami akan menyediakan kakitangan untuk menjaga lokasi hotspot untuk mengelakkan pembuangan sampah sembarangan,” katanya.

1598187503 230820200858230000005F4267Ef90808 E1624759537370
Gambar hiasan

Jelas Hendri, pihaknya sebelum ini pernah mengambil pendekatan lain seperti menegur penduduk setempat untuk tidak membuang sampah sembarangan. Malah, pihaknya juga telah menyediakan petugas khas untuk mengangkut sampah dari lokasi terbabit. Namun begitu, masyarakat setempat masih terus membuang sampah di kawasan yang tidak sepatutnya.

Sumber: Kompas.com

Baca: “Biasa mcm ni dia buang sampah ‘special’ sket” – Dua Lelaki KANTOI Buang Sampah Dalam Sungai di Puchong

Ft Sampah E1624758015385

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.