in

“Biasa mcm ni dia buang sampah ‘special’ sket” – Dua Lelaki KANTOI Buang Sampah Dalam Sungai di Puchong

Ft Sampah E1624758015385

Pejam celik, pejam celik tiba-tiba lagi beberapa hari dah nak masuk tahun 2021. By now, kita expect rakyat negara kita ini lebih mementingkan kebersihan dan mempunyai sivik.

Namun, kisah yang viral di Facebook ini menunjukkan bahawa masih ada yang tidak pedulikan semua itu. Melalui perkongsian Brandon Chee, dua individu dilihat tidak bertanggungjawab dan dirakam membuang sampah ke dalam sungai di Puchong.

Menurut Brandon, gambar-gambar itu diambil sendiri oleh rakannya dari sebuah unit kondominium. Dua individu tersebut dilihat turun daripada sebuah 4 wheel drive berwarna oren di sebuah jambatan. Mereka kemudian mengambil beberapa bungkusan dan mencampakkan satu per satu ke dalam sungai dari jambatan berdekatan Kondominium Andana di Puchong.

This is seen by a friend from condo point of view, but far. These ignorant, irresponsible sonsofbitches just decided to…

Posted by Brandon Chee on Sunday, November 15, 2020

 

Bukan satu atau dua, tetapi memang bahagian belakang truck itu penuh dan mereka buang semuanya ke dalam sungai tersebut. Kata Brandon,

Perbuatan ini akan menyebabkan keburukan kepada sistem semula jadi yang akan memberi kesan dalam kehidupan kita.”

Ramai netizen yang baca perkongsian Brandon itu mengecam tindakan dua individu tersebut kerana tidak bertanggungjawab dan melakukan perbuatan tidak bersivik tanpa rasa bersalah.

Ada juga netizen yang berkata mereka pernah nampak kejadian sama beberapa kali dan ianya bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana masih ramai yang tidak bertanggungjawab dengan selamba membuang sampah sebegitu.

Baca: “Kawasan perumahan ke tempat pelupusan sampah?” – [GAMBAR] Keadaan Kawasan Miskin Bandar P.Pinang Cetus Pelbagai Reaksi

Feat2 8