in

Ngeri! Wanita Dakwa Paku dan Jarum Keluar Daripada Ketumbuhan yang Pecah di Kakinya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai seorang wanita, perkara yang sering kita dengar adalah masalah senggugut ketika datang bulan di mana tubuh badan turut menjadi sakit dan lemah. Namun, wanita dari India ini mengalami kesakitan bukan kerana senggugut tetapi dikatakan kerana banyak paku dan jarum keluar daripada kakinya itu.


Sumber: Daily Mail

Menurut mStar, wanita bernama Anusuiya Dewi yang berusia 35 tahun itu sering mengalami kesukaran berjalan, duduk dan berdiri kerana masalah yang dihadapi. Anusuiya menjelaskan bahawa awalnya terdapat ketumbuhan pada kakinya yang selepas itu pecah mengeluarkan cecair berserta jarum dan paku!

Sumber: Daily Mail

Anusuiya telah berjumpa beberapa orang doktor untuk bertanyakan hal pelik yang menimpa dirinya, tetapi kebanyakan mereka tidak dapat menolong malah ada yang tidak mahu membantu kerana menganggap wanita itu memasukkan sendiri jarum dan paku ke dalam kakinya.

Walaupun begitu, Anusuiya menafikan dakwaan doktor tersebut dan mengatakan bahawa dia tidak pernah cuba mencederakan dirinya sendiri. Hal itu disokong oleh abangnya, Awadhesh Kumar yang telah tinggal bersamanya sejak tujuh tahun lalu.

Sumber: Daily Mail

“Ada tiga jenis jarum yang keluar iaitu jarum biasa, jarum picagari, dan paku. Saya tak percaya dia masukkan sendiri benda-benda tu ke dalam kakinya. Sudah hampir lima tahun dia menderita,” ujar Awadhesh.

Setelah sekian lama, ibu tunggal ini akhirnya dimasukkan ke hospital daerah milik kerajaan Fatehpur dan mendapati terdapat lebih 70 jarum dalam kakinya selepas mendapat laporan X-ray!

Sumber: Daily Mail

“Dia datang dalam keadaan sakit. Kami buat beberapa imbasan dan menemui 70 jarum pelbagai jenis hanya di bahagian kakinya,” kata Dr. Naresh Vishal yang bertugas di situ.

Daripada segi perubatan, agak mustahil untuk jarum tiba-tiba muncul sendiri dalam badan manusia. Walaupun mengesyaki wanita itu memasukkan sendiri jarum ke dalam badannya, pihak hospital tidak dapat mengesahkan bagaimana ia boleh wujud di kaki Anusuiya.

Sumber: Daily Mail

Doktor itu juga dikatakan mahu membuat pemeriksaan kesihatan mental ke atas Anusuiya untuk mengesahkan perkara tersebut. Ibu tunggal ini akan dihantar berjumpa dengan lebih ramai doktor pakar ke Hospital Kanpur bagi memeriksa fenomena aneh yang menimpanya ini.

Pelik betul kes ni….

Baca: Lelaki Mengaku Makan 48 Paku Selepas Dengar Bisikan Suara ‘Seseorang’

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.