Kebiasaannya pesakit pergi ke hospital akibat sakit perut disebabkan oleh cirit birit ataupun keracunan makanan. Tetapi berbeza pula dengan lelaki berusia 44 tahun ini apabila doktor mendapati terdapat objek tajam di dalam perutnya!
Wawan Gunawan dari Indonesia telah mengadu sakit di bahagian perut beberapa hari lalu. Menurut isterinya, Wati Karmawati, 41 tahun, pada awalnya Wawan hanya mengadu terdapat bisul di perutnya. Namun, apabila diteliti, ianya bukan bisul tetapi paku yang hampir menembusi perut lelaki itu.
Menurut Harian Metro, keluarga Wawan membawanya ke hospital pada Rabu lalu selepas mengadu sakit di bahagian perut dan apabila imbasan x-ray dilakukan, doktor mendapati terdapat puluhan paku di dalam perutnya. Wawan kemudian segera digegaskan ke bilik pembedahan untuk mengeluarkan paku-paku tersebut dari dalam perut.
Melalui pembedahan tersebut, doktor berjaya mengeluarkan 48 batang paku termasuk sebatang yang telah tertusuk di perutnya. Paku-paku yang dikeluarkan terdiri daripada pelbagai saiz dan sudah berkarat kerana telah berada di dalam perutnya selama 2 bulan!
Lebih menghairankan lagi, apabila ditanya, Wawan pada mulanya mengaku memakan paku sejak dua bulan lalu kerana telah disuruh oleh seseorang di tempat kerjanya.
Menurut laporan Detik News, Wawan kemudian, mengaku bahawa dia nekad untuk makan paku kerana menghidap penyakit hati serta sudah biasa makan ‘benda’ lain sewaktu bekerja di tapak pembinaan.
Saya makan paku payung, guli, batu dan biji salak,” kata Wawan.
Hal ini menyebabkan doktor mengambil keputusan untuk memeriksa keadaan mental Wawan kerana dia mengaku kerap terdengar bisikan menyuruhnya untuk memakan paku. Takutnya!
Wawan telah dirawat di RSUD Doktor Soekardjo, Tasikmalaya dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil serta masih dirawat dan dipantau di hospital.
Ngeri bila bayangkan macam mana dia telan paku. Diharap Wawan dapat rawatan sepatutnya untuk dia berhenti buat perkara pelik tu.
Baca: Pin Tudung Tersangkut Di Paru-Paru Bayi 10 Bulan Kerana Tertelan Selamat Dikeluarkan