in

“Nasib tak mati” – Remaja Belasah & Pukul Teman Wanita Dengan Hammer Sebab Tak Nak Bagi Password Facebook

Prc 80406872

Baru-baru ni, seorang remaja berusia 20 tahun telah dipenjara kerana memukul teman wanitanya menggunakan tukul besi hanya kerana tak bagi password Facebook. Seriouslahhh

Lelaki tersebut, Oscar Blackall menangis dalam kandang tertuduh semasa hakim mahkamah menghuraikan keobsesan dia terhadap teman wanitanya, Alyshia Connorton.

Mana taknya, menurut MetroUK, remaja ini pernah hilang sabar bila teman wanitanya tengok movie sorang-sorang dalam bilik sampai dia rosakkan laptop Alyshia dengan memusingkan laptop tersebut. Betul punya marah ni.

Pri 80341481 E1565936944169

Hakim, Emma Nott menceritakan semula bagaimana Oscar memukul teman wanitanya dengan menggunakan tukul besi untuk memaksa wanita tersebut memberikan kata laluan Facebook.

“Awak suruh dia log in Facebook supaya awak boleh perhatikan semua aktiviti dia. Setiap kali itu juga awak akan pukul dia dengan kuat disebabkan permintaan tak munasabah ini sampai dia terduduk atas lantai.

“Lepas tak tahan didera, dia bagi benda yang awak nak kemudian awak lepaskan wanita ini. Tapi silap awak bila awak pergi ke tempat kerja dia dan mula menjerit hingga awak ditahan oleh pihak polis.

“Walaupun awak tak menyebabkan sebarang keretakan pada badan mangsa, kekerapan awak menyerang dia dengan tukul hingga dia lebam sebelum menendang dia sampai badannya bengkak tak boleh diterima.”

Pri 803414391

Peguam Oscar membela perbuatan remaja ini dengan mengatakan yang dia dah dipenjarakan selama 55 hari dan dia tak menyebabkan apa-apa kecederaan serius pada mangsa.

Namun, hakim mahkamah menyangkal dakwaan peguam ini dengan mengatakan kesan dari pukulan remaja tersebut, wanita itu perlu memeriksa keadaannya di hospital selepas dia mendapat sakit kepala secara tiba-tiba.

Pun begitu, mangsa, Alyshia meminta mahkamah agar meringankan hukuman teman lelakinya ini kerana lelaki tersebut merupakan seorang yang bijak, suka ambil berat dan mempunyai masa depan yang cerah. Hmm

“Kami telah bersama selama bertahun-tahun. Walaupun apa yang dia buat ni salah, saya tak berdendam dan saya percaya dia bertanggungjawab dengan tindakannya ini.

“Walau bagaimanapun, dia tetap perlukan bantuan. Saya nak dia pergi ke kelas mengawal kemarahan. Itu pun dah cukup.”

Bagaimanapun, hakim tetap merasakan yang Oscar belum cukup rasa bersalah dengan perbuatannya. Serta, tindakan dia menggunakan tukul untuk mendera teman wanitanya menunjukkan yang dia membahayakan.

Emma menjatuhkan hukuman 16 tahun perhatian (custody) dan perlu menjauhkan diri dari teman wanitanya selama lima tahun.

Nasib baik kena tangkap awal. Kalau dibiarkan memang tak terkejutlah boleh sampai membunuh.

 

Baca: Tengah Baca Quran Tiba-tiba Bapa Pukul Dengan Tukul Hanya Sebab Tak Dapat Cari Kerja

Screenshot 2019 08 20 At 4.04.48 Pm