in

Tengah Baca Quran Tiba-tiba Bapa Pukul Dengan Tukul Hanya Sebab Tak Dapat Cari Kerja

Befunky Collage 2 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nak cari kerja dah lah susah. Lagi-lagi dengan ekonomi sekarang. Bapa ni pula tergamak buat macam ni dekat anak dia, semata-mata sebab anak dia tak dapat kerja?


Menurut Utusan, seorang bapa yang berasal dari Perak telah memukul kepala anaknya menggunakan tukul besi kerana kecewa anaknya menganggur walaupun ada degree. Ingat senang ke nak cari kerja?

1531129739 753265639 4807X3132Ma

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Omar Bakhtiar Yaacob berkata, kejadian menimpa wanita itu dimaklumkan kepada polis oleh Hospital Parit Buntar pada pukul 7.25 petang.

“Mangsa yang sedang mengaji al-Quran itu telah didatangi bapanya yang baharu pulang bekerja dan lelaki itu yang merupakan tukang rumah telah memukul mangsa di kepala secara tiba-tiba.”

Selepas melihat anaknya cedera parah, bapa ini mula mencederakan diri sendiri dengan menghentak kepala ke dinding rumah dan menyebabkan dia mendapat lima jahitan di kepala dan retak tulang tangan kiri.

1
Sumber: utusan

Namun korang tak payah risau kerana wanita malang ini sedang mendapat rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh. Bapanya pula telah ditahan oleh polis semasa menjalani rawatan di hospital.

Harapnya wanita ini baik-baik saja dan cepat sembuh. 

Baca: Video Wanita Tengking dan Pukul Anak Kecil Tular, Malangnya Tiada Yang Tampil Membantu

Screenshot 2019 03 05 At 7.16.22 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.