in

“Nampak macam lagi best” – [VIDEO] Akhirnya Trailer Train To Busan 2: Peninsula Dah Keluar!

Feature 4 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Filem Train To Busan yang telah ditayangkan pada tahun 2016 telah mendapat sambutan yang hangat daripada penonton sama ada di Korea Selatan mahupun di Malaysia sendiri. Siapa je yang tak pernah tengok filem zombie tu kan. 


Kalau ada yang rindukan filem zombie dari Korea ini, jangan risau trailer filem spin-off Train To Busan akhirnya keluar hari ini.

Menurut pengarahnya,  Yeon Sang-ho, filem ini berlatarbelakangkan empat tahun selepas kejadian serangan zombi dalam Train To Busan, lapor CNN Indonesia.

Peninsular

Dalam filem Peninsula juga, kerajaan dan pentadbiran negara Korea telah musnah akibat serangan zombie apocalypse. Kesemua wilayah di negara tersebut juga telah musnah kecuali kawasan peninsular. Mungkin sebab tu filem ni dinamakan Peninsula. 

Sayangnya, Gong Yoo tidak membintangi filem baru yang bertajuk Peninsula ini. Difahamkan, filem ini dibintangi oleh Gang Dong-won yang melakonkan watak utama sebagai askar.

Poster 1

Selain itu, filem ini juga dibarisi oleh Lee Jung-hyun, Lee re, Kwon Hae-hyo, Kim Min-jae, Koo Kyo-hwan, dan Lee Ye-won.

Filem ini dijangka akan ditayangkan di Korea Selatan pada musim panas nanti. Namun, berikutan wabak Coronavirus, tarikh tayangannya di sana mahupun di Malaysia juga tidak dapat dipastikan.

Poster

Mesti gempak punya filem ni kan. Korang tengok lah sendiri trailer filem ni. 

Admin tak sabar nak tunggu filem ni keluar kat pawagam Malaysia. 

 

Baca: Gonjiam: 7 Fakta Filem Seram Korea Mengenai Hospital Sakit Jiwa Yang Berhantu

Filem

Sumber: 9GAG
Sumber: 9GAG
Sumber: 9GAG

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.