in

Ada Yang Diinspirasikan Dari Kisah Benar, 7 Filem Korea Sedih Ini Akan Buat Air Mata Korang Banjir

F3 Emo Kmovie

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila kita sebut tentang filem sedih dari Korea, mesti ramai yang teringat dekat filem Miracle in Cell No. 7 yang mampu buat penontonnya banjir dengan air mata hingga tak cukup tisu. Namun, tahukah anda, selain filem tu, ada banyak lagi filem sedih dari sana yang boleh buat korang menangis teresak-esak?


Jom, kita semak satu-persatu filem sedih yang bakal kami kongsikan dengan anda ini. Lepas ni, boleh la buat movie night dengan kawan-kawan tapi jangan lupa sediakan tisu atau sapu tangan untuk lap air mata tu tau.

#1 A Way Station (2021)

Lupakan filem lain sebab filem yang mengisahkan tentang Seung Hyun yang menghidap penyakit Alzheimer manakala Ji Ah pula menghidap kanser ini pun sedih yang teramat sangat. Disebabkan kedua-duanya mempunyai masalah kesihatan yang kronik, mereka tak ada masa yang lama untuk hidup bersama.

Emo Kmovie 4

Banyak jugak review kat TikTok kata filem ni memang menyedihkan. Boleh tengok trailer filem ni dulu.

#2 Man in Love (2014) 

Filem yang telah ditayangkan pada 2014 ini pula berkisar tentang seorang gangster yang akhirnya menemui cinta sejatinya. Dilakonkan oleh Hwang Jung-min, lelaki tersebut menemui wanita dambaannya ketika mengutip hutang.

Namun, yang sedihnya, dia juga disahkan menghidap penyakit yang boleh membawa maut. Adakah dia berjaya keluar dari kumpulan samseng tu untuk bina hidup baru dengan pilihan hatinya? Min tak nak bagi spoiler, so korang kena la tengok sendiri. 

Untuk pengetahuan semua juga, filem ini ada versi Taiwan jugak tau. Boleh tengok Man in Love versi ni di Netflix.

#3 On Your Wedding Day 

Dilakonkan oleh Park Bo-young dan Kim Young-kwang, filem ini penuh dengan babak-babak yang kelakar. Penonton yang baru tahu kewujudan filem ni tak akan sangka pun yang ending filem ni sebenarnya boleh buat korang sedih.

Ianya mengisahkan tentang pasangan yang mengenali antara satu sama lain sejak zaman remaja lagi namun tetap tak dapat bersama sebab kalau dah bukan jodoh, apa boleh buat kan.

#4 Don’t Cry Mommy

Filem yang berkisar tentang hubungan ibu dan anak perempuan ini pula telah ditayangkan pada tahun 2012. Kisah bermula apabila seorang ibu tunggal kematian anaknya setelah gadis tu bunuh diri. Dia tak sanggup lagi nak teruskan hidup lepas menjadi mangsa rogol oleh rakan sekolahnya.

Jadi, mak gadis tu nekad untuk balas dendam kepada pelajar yang bertanggungjawab atas kematian anaknya.

#5 Pandora 

Filem Pandora ini pula mengisahkan tentang gempa bumi yang kemudiannya menyebabkan letupan di sebuah stesen jana kuasa nuklear. Movie tentang bencana alam ini juga pernah buat min berair mata.

Spoiler alert, salah seorang pekerja di tempat jana kuasa tersebut telah memutuskan untuk mengorbankan nyawanya demi menghentikan letupan itu daripada terus meragut nyawa orang lain. Kalau korang suka tengok filem yang mendebarkan, movie ni memang antara filem yang wajib ditonton.

#6 Birthday 

Diinspirasikan daripada kisah tragedi feri Sewol yang berlaku di Korea Selatan pada April 2014, filem ini mengisahkan tentang pasangan suami isteri yang sedih dengan kematian anak lelaki mereka dalam sebuah tragedi.

Emo Kmovie 3

Si isteri juga kecewa sebab suaminya tak ada di sisi ketika anak mereka terlibat dalam kejadian itu. Jadi, hubungan mereka macam retak menanti belah. Filem ni memang sedih sebab ia berkisar tentang bagaimana ibu bapa yang kehilangan anak mengatasi kesedihan mereka.

#7 Kim Ji-young: Born 1982 

Dilakonkan oleh pelakon hebat Train To Busan iaitu Gong Yoo dan Jung Yu-mi, filem ini merupakan adaptasi sebuah novel dengan tajuk yang sama yang cukup terkenal di Korea. Ia menceritakan tentang kehidupan dan cabaran menjadi seorang wanita dan ibu di negara maju itu.

Emo Kmovie 2

Berikutan tema yang diketengahkan dalam filem ini adalah isu yang cukup panas di Korea Selatan, ia telah menjadi sebutan ramai pihak sampai ada yang tak puas hati dengan pelakon filem ni.

Baca: Bosan Tengok K-Drama? Ini 8 Drama Thai Yang Anda Perlu ‘Binge-Watch’ Sekarang!

Emo Kmovie 1

Sumber: MyDramaList
Sumber: IMDb
Sumber: IMDb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.