in

Bosan Duduk Rumah Time PKP? Jom Tengok 6 Filem Berkaitan Kapal Terbang Ni!

Feature Image 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memandangkan kita dah lama tak boleh naik kapal terbang dan bercuti ke luar negara, mesti sesetengah orang yang kaki mengembara tu bosan sikit kena duduk rumah je kan.


Jadi, untuk menghilangkan rindu korang yang suka naik flight ni, kali ini admin nak kongsikan enam filem yang berkaitan dengan kapal terbang.

#1 OKAY! MADAM 

Filem OKAY! MADAM ni merupakan filem dari Korea Selatan dan mengisahkan tentang seorang wanita iaitu Min-Young (lakonan Uhm Jung-Hwa) dengan suami dan anak perempuannya yang memenangi pakej percutian ke Hawaii. Ketika dalam penerbangan, kapal terbang yang dinaiki mereka kena hijack dengan sekumpulan pengganas yang sedang mencari seorang secret agent dalam flight yang sama.

Movie 1

Min-Young dan suaminya, Seok-Hwan tiba-tiba mula menyelamatkan penumpang yang telah menjadi tebusan. Kalau korang nak tahu kenapa tiba-tiba pasangan ni nak selamatkan penumpang, korang kena tengok sendiri filem ni. Sebelum tu, tengok dulu trailer filem ni.

#2 The Captain 2019

Movie 3

Filem ini pula merupakan filem dari negara China dan berkisarkan tentang pesawat yang secara tiba-tiba mengalami turbulence dan cermin depan dalam cockpit pesawat pecah. Korang bayangkan lah macam mana paniknya semua penumpang dan kru penerbangan ni. Yang lagi epic, filem ini diadaptasi dari kisah benar kejadian Sichuan Airlines yang menuju ke Lhasa dari Chongqing pada 14 Mac 2018.

Korang kena tengok apa yang pilot pesawat ni buat untuk emergency landing dan selamatkan seluruh penerbangan ni. Jangan lupa tengok trailer movie ni dulu.

#3 Snakes On A Plane 

Rasanya ramai yang dah pernah tengok movie ni sebab filem ini telah ditayangkan pada tahun 2006. Namun, untuk korang yang belum tonton lagi, filem ini mengisahkan tentang Sean Jones yang menaiki pesawat dari Honolulu ke Los Angeles untuk menjadi saksi dalam satu kes pembunuhan.

Walaupun ada ejen FBI yang mengiringi dan mengawal Jones sepanjang penerbangan, rupa-rupanya si penjenayah tu lagi licik sebab dorang dah lepaskan pelbagai spesies ular untuk membunuh saksi. Kalau nak tahu ending dia macam mana, korang kena tengok sendiri.

Tonton trailer movie ni:

#4 Fasten Your Seatbelt 

Movie 4

Filem ini merupakan filem komedi yang juga dari Korea Selatan dan menceritakan tentang seorang bintang Hallyu, Ma Joon-Gyu (lakonan Jung Kyoung-Ho) yang menaiki kapal terbang dari Tokyo untuk ke Seoul, Korea. Dalam perjalanan tu pulak, macam-macam benda yang berlaku dekat dia. Ramai yang kata cerita ni kelakar. Korang boleh tengok dulu trailer dia.

#5 Sully: Miracle on the Hudson

Movie 2

Filem Amerika Syarikat ini pula mengisahkan tentang Kapten Chesley “Sully” Sullenberger (lakonan Tom Hanks) yang terpaksa membuat pendaratan cemas di Sungai Hudson setelah pesawat yang dikendalikannya dilanggar burung. Namun, Kapten Sully telah disoal siat sebab ada yang tak puas hati dengan keputusannya buat emergency landing di sungai. Kalau korang nak tahu apa nasib kapten ni, jangan lupa tonton filem ni.

Trailer:

#6 Flightplan 

Movie 5

Filem yang ditayangkan pada tahun 2005 ini mengisahkan tentang seorang jurutera penerbangan iaitu Kyle yang menaiki pesawat untuk ke New York bersama dengan anak perempuannya, Julia yang berusia enam tahun. Keranda suaminya yang telah meninggal dunia juga dibawa dalam pesawat yang sama. Namun, anaknya hilang apabila Kyle terjaga dari tidur. Jangan lupa tengok movie ni kalau korang nak tahu apa yang jadi dekat anak dia.

Tengok trailer movie ni kat sini: 

Selamat menonton! 

Baca: Bosan Duduk Rumah? Ini 15 Movie Berkaitan Virus Yang Korang Wajib Tonton!

Movie

Sumber: IMDb
Sumber: IMDb
Sumber: IMDb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.