in

“Train To Perlis” – Catat 0 Kes Harian, Netizen Dah ‘Ready’ Nak Pindah Ke Perlis

Fi Perlis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti ramai tahu, semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan kes harian masih menunjukkan nilai angka yang meresahkan rakyat Malaysia.


Semalam, kita dikejutkan sebanyak 11,079 kes harian dicatatkan di negara ini dan menjadikan jumlah kes keseluruhan adalah sebanyak 855,949 kes direkodkan.

Menerusi perkongsian daripada Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), menunjukkan tiga buah negeri telah mencatatkan kes 4 angka iaitu, Selangor dengan nilai tertinggi sebanyak 5,263 kes, Kuala Lumpur 1,521 kes, dan peningkatan mengejutkan oleh Negeri Sembilan sebanyak 1,033 kes.

 

Selain daripada kes harian yang tinggi, ada lagi perkara lain yang menjadi perhatian warganet iaitu kes harian di Perlis pada nilai 0. Ya tiada kes pun semalam di sana.

Beberapa hari lalu, Perlis pernah mencatatkan nilai kes harian 0, namun disebabkan peningkatan jumlah kes baharu semalam membuatkan ramai terkejut kerana tiada yang dijangkiti Covid-19 di negeri tersebut.

 

Train To Perlis

Oleh kerana itu, ramai netizen yang bergurau nak pindah ke Perlis sebab kagum dengan pencapaian negeri berkenaan. Mereka punya nak sangat tu, sampai viral Train To Perlis yang telah diolah ayatnya daripada tajuk filem Korea iaitu Train To Busan.

Perlis 2

 

Perkara tersebut dah jadi ikutan di media sosial, siap ada yang edit semula poster asal daripada filem berkenaan.

 

Reak Perlis 1 Edit Reak Perlis 2 Edit Reak Perlis 3 Edit Reak Perlis 4 Edit

Reak Perlis 5 Edit

Adoii kreatif betul eh rakyat Malaysia musim-musim PKP ni! Terhibur pula min tengok.

 

Baca : Kes Harian COVID-19 Dijangka Akan Mula Stabil Dalam 1 Atau 2 Minggu Lagi – KKM

Foot Perlis

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.