Umum mengetahui bahawa orang Korea Utara tidak dibenarkan untuk menonton filem atau mendengar lagu yang dikeluarkan oleh negara sempadannya, Korea Selatan.
Jika ada individu yang tonton atau mengedarkan bahan-bahan kandungan dari Korea Selatan ini secara curi-curi, mereka akan ditangkap dan dihukum. Itu lah yang berlaku kepada seorang lelaki Korea Utara yang dikenali sebagai Lee.

Menurut portal Daily NK, pihak pemerintah Korea Utara telah menjatuhkan hukuman tembak kepada lelaki tersebut setelah dia didapati menjual USB dan CD yang berisi filem dan lagu dari Korea Selatan.
Lee dikatakan telah ditangkap ketika melakukan kesalahan itu. Setelah ditahan selama 40 hari, dia akhirnya telah dijatuhkan hukuman berkenaan pada 25 April lalu.

Yang lagi menyayat hati, dia telah ditembak di hadapan keluarga sendiri sebab ahli keluarganya itu telah dipaksa untuk hadir dan berada di barisan hadapan sekali ketika hukuman dijalankan.
Difahamkan, hukuman itu turut disaksikan oleh 500 orang termasuk keluarganya. Hukuman seumpama itu juga dikatakan merupakan yang pertama di wilayah Gangwon di bawah akta anti-sosialis.
Sebelum ini, mana-mana individu yang melakukan kesalahan ini akan dihantar ke kem tahanan di mana mereka perlu menjalankan kerja-kerja berat.
Lelaki terbabit dikatakan telah mengaku kesalahannya sebelum ditembak. CD dan USB berkenaan telah dijual dengan harga 5 USD sehingga USD 12. Buat masa ini, pihak pemerintah negara itu juga sedang memburu mereka yang telah membeli barangan berkenaan.
Bersyukur lah kita kat Malaysia, boleh tengok filem atau drama dari mana-mana negara tanpa sekatan.
Baca: Haram Pakai Seluar Jeans, Ini 7 Peraturan Pelik Yang Diamalkan Di Korea Utara