fbpx
in

“Nampak happy dengan William” – Tular Video Kate Middleton ‘Muncul Semula’ Selepas Pembedahan

Kate Middleton Akhirnya Muncul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah sekian lama menghilang, Puteri Wales, Kate Middleton mengejutkan ramai selepas didakwa membuat kemunculan di tempat awam.


Menerusi satu video yang dikongsikan TMZ, Kate dilihat menemani suaminya, Putera William di sebuah kedai berhampiran Istana Windsor pada Ahad.

Ia merupakan kemunculan pertama puteri itu di tempat awam sejak menjalani pembedahan perut yang dilakukan pada Januari lalu.

Artikel berkaitan: Kate Hilang, Cinta Tiga Segi & 5 Kontroversi Terbesar Kerabat Diraja British Sepanjang Zaman

Artikel berkaitan: Putera William Main Kayu Tiga Dengan Bestfriend Kate Middleton? Keluarga Diraja Enggan Komen

Kate difahamkan tidak muncul di khalayak ramai sejak 25 Disember tahun lalu, namun menerusi video yang tular di media sosial, puteri itu dilihat gembira dan tenang ketika berjalan bersama William.

Selepas semua khabar angin keluar sebelum ini, saya tergamam melihat mereka di situ. Kate membeli-belah bersama Putera William. 

“Anak-anak mereka tiada bersama tetapi ia adalah petanda baik bahawa beliau sudah sihat,” kata saksi di kedai yang dikunjungi pasangan diraja itu.

64C5Ac9Dfc674514B63D735B1D116816 Md

Bf2A247B29De45Febce9C43027A89F99 Md

Menurut laporan The Sunday Times memetik sumber diraja, Kate dijangka membuat penampilan di khalayak ramai dengan memberi ucapan mengenai kesihatannya apabila kembali bertugas nanti.

Puteri mungkin memaklumkan mengenai pemulihannya. Puteri dan suaminya Putera William yang juga pewaris takhta Britain paling terbuka apabila berinteraksi dengan orang ramai.

“Pasangan itu inginkan ketelusan tetapi hanya akan memberitahu perkara sebenar apabila mereka bersedia,” lapor akhbar itu.

Dalam pada itu, satu kenyataan yang dikeluarkan pada 17 Januari lalu mengatakan pembedahan Kate disifatkan berjaya, namun puteri berkenaan tidak dapat melakukan tugas rasminya buat beberapa tempoh.

Kate yang juga ibu kepada tiga orang cahaya mata itu telah dirawat di hospital sehingga 29 Januari lalu sebelum pulang ke rumah untuk berehat dan melalui proses pemulihan.

Akhirnya dapat juga tengok muka Kate kan! 

Sumber: Astro AWANI, X Pop Base, TMZ

Sumber: TMZ

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Back to Top