Putera William Main Kayu Tiga Dengan Bestfriend Kate Middleton? Keluarga Diraja Enggan Komen

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Betul atau tak wallahualam tapi dah kecoh pasal cerita ni.

Dilaporkan yang Putera William bermain kayu tiga dengan besfriend isterinya, Kate Middleton.

Jika spekulasi ni benar bermakna kisah kecurangan berlaku sekali lagi dalam keluarga diraja Inggeris.

Memetik twitter @PopAlertNews didakwa yang Putera William ni curang apabila menjalin hubungan dengan bestfriend Kate iaitu Rose Hanbury.

Kate dan Rose sambil disaksikan William

Malah dikatakan yang Kate dan 3 orang anak-anak mereka telah kembali ke London setelah berita kecurangan itu tersebar.

Bagaimanapun dilaporkan Kerabat Diraja Britain enggan mengulas lanjut berhubung isu tersebut.

Putera William dan Kate Middleton berkahwin pada 29 April 2011 setelah mengikat tali pertunangan pada 20 Oktober 2010. Mereka telah bersama sejak 2003 lagi dan kini dikurniakan 3 orang cahaya mata.

Sumber : Google

Bagaimanapun ramai tidak terkejut dengan berita skandal antara Putera William dengan Rose ini sebaliknya mereka yakin yang ia ‘besar kemungkinan’ boleh berlaku dalam Keluarga Diraja Inggeris ini.

Iyelah sebelum ni kan kes curang pernah terjadi dalam keluarga diraja ini selepas dakwaan Putera Charles mengadakan hubungan sulit dengan Camilla Parker Bowles ketika dia masih bersama dengan Puteri Diana.

Sumber : Google

‘Ramai kata Putera William ini ikut perangai bapak, sebab tu dia sanggup jalin hubungan dengan besfriend isteri sendiri’

‘Tapi ramai yang suka Kate dan support ‘Duchess of Cambridge’ ni’

Tapi korang selagi perkara ini belum disahkan kita anggap je lah yang ini just khabar angin kan. Semoga rumah tangga diorang bahagia sampai bila-bila.

Berita : Majlis Persandingan Priyanka Chopra  Nick Jonas Dikecam Oleh Masyarakat India

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.