Baru-baru ini, kecoh di media sosial seluruh dunia tentang misteri ‘kehilangan’ Puteri Wales, Kate Middleton sehingga ramai warganet dan peminat keluarga diraja Britain itu membuat pelbagai teori konspirasi dan spekulasi tentang kehilangannya.
Kate Middleton, 42 tahun, akhirnya tampil dalam sebuah video rasmi di mana puteri itu berkongsi tentang keadaan terkini tentang dirinya.
A message from Catherine, The Princess of Wales pic.twitter.com/5LQT1qGarK
— The Prince and Princess of Wales (@KensingtonRoyal) March 22, 2024
Dalam video tersebut, Kate mendedahkan bahawa dirinya telah disahkan menghidap kanser selepas dia selesai menjalani pembedahan di perut pada Januari lalu.
Memetik laporan Independent UK, puteri yang berusia 42 tahun itu turut mengatakan bahawa penemuan kanser pada dirinya merupakan satu kejutan besar.
Kate Middleton announces she’s been diagnosed with cancer:
”In January, I underwent major abdominal surgery in London and at the time, it was thought that my condition was non-cancerous. The surgery was successful. However, tests after the operation found cancer had been… pic.twitter.com/AEMHxWK1YP
— Pop Crave (@PopCrave) March 22, 2024
Artikel Berkaitan: “Dah 3 bulan tak nampak” – Ini Apa Yang Korang Kena Tahu Tentang Misteri Kehilangan Kate Middleton
Artikel Berkaitan: “Nampak happy dengan William” – Tular Video Kate Middleton ‘Muncul Semula’ Selepas Pembedahan
Isteri Putera William yang juga pewaris takhta itu turut menjelaskan bahawa beliau sebelum ini memerlukan masa untuk menerima tentang berita kesihatannya itu dan memberitahu tentang keadaannya kepada anak-anaknya sebelum mengumumkan tentang perkara itu kepada rakyat.
Kate turut mendedahkan bahawa beberapa bulan ini merupakan waktu yang sukar buat mereka sekeluarga namun bersyukur kerana mempunyai pasukan perubatan yang telah menjaganya dengan baik.
Difahamkan, Puteri Wales itu juga perlu sembuh daripada pembedahannya terlebih dahulu sebelum menjalani rawatan kemoterapi.
Sumber: Independent UK