Anak Tak Kenal Sebab Terpisah Sejak Usia 3 Bulan, Ramai Sedih Lihat Perkongsian Azizulhasni di TikTok

Tambah ke Sumber Pilihan
Anak Tak Kenal Sebab Terpisah Sejak Usia 3 Bulan, Ramai Sedih Lihat Perkongsian Azizulhasni di TikTok

Demi negara yang tercinta, jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang telah banyak berkorban termasuklah terpisah dengan keluarga demi menjalani latihan dan menyertai pelbagai kejohanan dunia.

Namun setelah Sukan Olimpik Paris 2024 berakhir, sudah tibalah masanya dia bertemu dengan keluarga setelah terpisah selama empat bulan lamanya.


Momen ini dikongsikan Azizulhasni di TikTok, di mana dia dilihat bertemu dengan keempat-empat orang anak perempuannya secara mengejut.

Kesemua anak-anaknya meluahkan rasa gembira bercampur sedih dapat bertemu semula dengan Azizulhasni setelah lama terpisah.

Namun apa yang membuatkan netizen sebak apabila anak bongsu yang masih lagi bayi seakan tidak kenal dengan Azizulhasni kerana tidak bertemu dengan bapanya sejak usia 3 bulan.

Yang paling sedih apabila anak yang masih bayi tak kenal Abi langsung. Berjauhan sejak dia berusia 3 bulan. Umi baru habis pantang tatkala itu. #DemiMalaysiaku,” tulisnya.

Artikel berkaitan: “Beri masa untuk saya fikir” – Azizulhasni Pertimbang Sama Ada Mahu Bersara Atau Tidak

Artikel berkaitan: “Satu simbol keberanian” – Parut Di Dada Azizulhasni Awang Tanda Beliau Tabah, Tidak Pernah Mengalah

“Usahlah menjadi tamak, mahukan Azizulhasni masuk Olimpik seterusnya” 

Video yang dikongsikan ternyata membuatkan netizen sedih melihat reaksi keluarga Azizulhasni yang sangat merinduinya dan rata-rata merasakan keputusan untuk bersara itu adalah yang terbaik buat atlet ini dan keluarganya.

Semoga Azizulhasni berbahagia di samping keluarga. Anak-anak mesti rindu sangat dengan dia tu. 

Sumber: TikTok, X

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaida Ismail
Lagi tulisan Syaida
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Anak Tak Kenal Sebab Terpisah Sejak Usia 3 Bulan, Ramai Sedih Lihat Perkongsian Azizulhasni di TikTok
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/anak-tak-kenal-sebab-terpisah-sejak-usia-3-bulan-ramai-sedih-lihat-perkongsian-azizulhasni-di-tiktok/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM