in

Kate Hilang, Cinta Tiga Segi & 5 Kontroversi Terbesar Kerabat Diraja British Sepanjang Zaman

Collage 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun kerabat diraja British ni nampak macam eksklusif dan tak mendedahkan kehidupan peribadi, tapi nak tak nak, masih terpalit dengan kontroversi dan skandal yang mengejutkan dunia.


Macam sekarang ni, orang-orang di seluruh dunia tak putus-putus memberikan teori dan spekulasi di internet apabila isteri Putera William, Kate Middleton dikatakan telah menghilangkan diri selepas menjalani pembedahan di bahagian perut.

Artikel berkaitan: “Dah 3 bulan tak nampak” – Ini Apa Yang Korang Kena Tahu Tentang Misteri Kehilangan Kate Middleton

Jadi pada artikel kali ini, apa kata kita throwback semula skandal dan kontroversi yang pernah melanda kerabat diraja British ini. Jommm

1. Raja Edward VIII tinggalkan takhta

Eaed7E8F E33B 4F98 9044 23Df1415939A Data

Selepas beberapa bulan ditabalkan menjadi raja pada 1930-an, Edward VIII telah melamar seorang janda dari Amerika, Wallis Simpson namun tak dipersetujui oleh kerajaan.

Apabila sedar yang dia tak boleh berkahwin dengan kekasihnya itu dan teruskan tugasnya sebagai seorang raja, Edward mengambil keputusan untuk tinggalkan takhta dan diberikan kepada adik lelakinya, George VI yang juga merupakan bapa Ratu Elizabeth II dan Puteri Margaret.

2. Cinta tiga segi Charles, Diana dan Camilla

636376129302385094 Xxx Diana Tab013 92803745.Jpg

Charles dan Diana telah berkahwin pada 1981 namun perkahwinan mereka ini telah dilanda pelbagai kontroversi sejak dari awal lagi. Diana pernah didakwa mengakui bahawa dia cintakan orang lain yang bekerja di dalam istana. Manakala Charles pula mula mempunyai hubungan sulit dengan bekas kekasihnya, Camilla.

Pada 1992, Charles dan Diana telah mengumumkan perpisahan mereka di mana kedua-dua mereka mengaku telah menjalinkan hubungan sulit dengan orang lain.

Mereka bercerai secara rasmi pada Ogos 1996, iaitu setahun sebelum Diana meninggal akibat kemalangan kereta di Paris pada usia 36 tahun. Charles kemudiannya berkahwin dengan Camilla pada tahun 2005.

Artikel berkaitan: Ini Kronologi Percintaan Diraja Di Antara King Charles & Queen Camilla

3. Putera Williams didakwa ada hubungan sulit

Prince William And Catherine Duchess Of Cambridge Are News Photo 1710420253

Pada tahun 2019, Putera Williams dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan Rose Handbury, Marchioness of Cholmondeley, yang juga merupakan rakan baik kepada Kate Middleton. Pada ketika itu, satu sumber eksklusif mendedahkan bahawa Kate kecewa dan marah apabila mengetahui tentang skandal tersebut.

Namun begitu, sumber dalam mengatakan bahawa skandal tersebut telah membuatkan hubungan pasangan ini menjadi semakin kuat.

4. Putera Harry dan Meghan Markle tinggalkan takhta

1177044844

Tak sampai dua tahun selepas mereka mendirikan rumah tangga pada Mei 2018, Harry dan Meghan mengumumkan bahawa mereka bercadang untuk tinggalkan tugas mereka sebagai kerabat diraja sebelum membuat keputusan untuk berpindah ke California bersama anak lelaki mereka, Archie.

Keputusan ni telah mencetuskan pelbagai kontroversi dan pada Januari 2020, satu sumber mengatakan bahawa pasangan tersebut telah membuat kenyataan tanpa restu Ratu Elizabeth.

Pada Mac 2021, Harry dan Meghan telah mendedahkan bahawa beberapa perbincangan telah dijalankan di dalam istana sebelum kelahiran Archie.

Meghan mengatakan, ada beberapa ahli kerabat diraja tak mahu memberikan gelaran diraja kepada anak yang bakal dilahirkan tanpa memberikan sebarang sebab. Selain itu, terdapat juga kebimbangan tentang warna kulit anak yang bakal dilahirkan itu.

Ketika Harry menyertai temubual tersebut, dia enggan menamakan ahli keluarganya yang telah menyuarakan kebimbangan tersebut. Pun begitu, media mendedahkan orang yang dimaksudkan bukanlah Ratu Elizabeth mahu pun Putera Philip.

5. Kehilangan Kate Middleton

Prince William And Kate Middleton Watch The Racing From The Royal Box As They Attend Day 4 Of Royal Ascot.jpg

Selepas Istana Kensington mengumumkan bahawa Kate telah menjalani pembedahan pada Januari lalu, mereka turut mengatakan bahawa Kate mungkin tak ada membuat apa-apa kemunculan awam sehingga April.

Namun begitu, sikap istana yang seakan-akan tidak memberikan perkembangan tentang kesihatan Kate telah menyebabkan orang ramai mula membuat spekulasi. Tambah memburukkan keadaan bila dua minggu lalu, media telah mendapat notis bahawa gambar yang dimuat naik di Instagram rasmi Istana Kensington dipercayai telah disunting dan dimanipulasi.

Ini menjadikan orang ramai makin curiga dengan keadaan sebenar Kate. Hari ini (19 Mac) pula, satu video telah dikongsikan menunjukkan paparazi merakam video William dan Kate yang baru selesai membeli-belah di sebuah kedai di Windsor.

Pun begitu, ramai yang masih tak berpuas hati dengan video tersebut dan mengatakan bahawa wanita tersebut tak kelihatan seperti Kate.

Sumber: US Weekly

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.