in

“Nak lain dari lain punya pasal” – Lelaki Mati Lemas Lepas Lamar Teman Wanita Dalam Air

Collage 44

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni, dah jadi trend untuk mat salleh dekat luar negara propose teman wanita dorang dengan pelbagai aksi lamaran yang unik dan cuba untuk jadi lain dari yang lain sebab nak impress girlfriend dorang.



Namun tak semua lamaran ni berakhir dengan happy ending, macam lelaki dari Amerika yang lemas lepas melamar teman wanitanya dalam air di sebuah pulau di Nairobi, Tanzania.

Menurut CNA, teman wanita lelaki malang ini, Kenesha Antoine telah memuatnaik video Steven Weber melamar dari dasar laut tingkap bilik hotel mewah bawah laut Manta Resort di Facebooknya.

71008505 10101915260705763 273013461640806400 N

Dalam post ini, Kenesha meluahkan rasa terharu dengan effort yang dilakukan oleh Steven untuk melamarnya.

Awak tak pernah timbul dari air untuk dengar jawapan saya.Yes! Yes! Sejuta kali yes, saya akan kahwin dengan awak.”

Dalam video yang dimuatnaik oleh Kenesha ni juga, korang boleh tengok Steven berenang menuju ke tingkap dan tunjuk nota tulisan tangan kepada kekasihnya.

“Saya tak boleh nak tahan nafas saya lama untuk bagitahu semua yang saya suka tentang awak, tapi semua yang saya suka pasal awak saya akan lebih sayang setiap hari. Sudi tak awak jadi isteri saya?”

Lelaki itu kemudiannya mengeluarkan kotak cincin sementara Kenesha menjerit kegembiraan.

There are no words adequate enough to honor the beautiful soul that is Steven Weber, Jr. You were a bright light to…

Posted by Kenesha Antoine on Friday, September 20, 2019

Pun begitu, punca sebenar kematian Steven tak dinyatakan dalam post wanita ini mahu pun dari pihak hotel mewah ini.

“Kami tak pernah dapat untuk meraikan permulaan kehidupan kami bersama sebagai suami isteri. Hari terbaik dalam hidup kami bertukar menjadi hari paling buruk dan takdir yang sangat kejam luar dari jangkaan.

Sementara itu, CEO Manta Resort, Matthew Saus mengesahkan dalam email pada hari Ahad lalu yang seorang tetamu lelaki mereka mati lemas semasa berenang berseorangan di luar bilik hotel bawah air pada hari Khamis.

Tragedi ini kini sedang disiasat oleh polis tempatan.

Tak dapat nak bayang apa perasaan Kenesha bila lamaran yang diharapkan ini berakhir dengan tragedi yang sangat dahsyat. Takziah.

 

Baca: Tolak Lamaran 5 Duda, Nenek 65 Tahun Pilih Remaja 20 Tahun Jadi Suami

Screenshot 2019 09 23 At 11.33.05 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.