in

“Mungkin tengah berbulan madu” – Legenda Bola Sepak Negara Usia 72 Tahun Kahwin Gadis 20 Tahun

Abdah Alif Kahwin Gadis 20 Tahun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Spekulasi mengenai status legenda bola sepak negara, Datuk Abdah Alif akhirnya terjawab apabila adiknya, Datuk Yunus Alif mengesahkan abangnya itu baru sahaja melangsungkan perkahwinan.

Yunus yang juga bekas pemain kebangsaan dan jurulatih memaklumkan bahawa Abdah, 72, bernikah pada 27 Ogos lalu di Kuala Terengganu dengan restu daripada kedua-dua belah keluarga.


Pengesahan ini sekali gus menjawab persoalan dalam kalangan peminat bola sepak berikutan tular gambar perkahwinan bekas tonggak Harimau Malaya itu bersama pasangan pilihannya yang difahamkan berusia 20 tahun di media sosial.

Menurut Yunus, perkahwinan tersebut berjalan lancar atas persetujuan keluarga dan mendoakan agar pasangan itu dilimpahi kebahagian hingga ke akhir hayat.

“Alhamdulillah mereka baru saja nikah pada 27 Ogos lalu. Kedua-dua keluarga bersetuju jadi tak ada masalah. Kita doakan agar mereka berdua berbahagia.

“Mungkin sekarang tengah berbulan madu. Sebab itu tak angkat panggilan. Betul mereka dah nikah, dan kita doakan terbaik buat mereka berdua,” katanya.

Artikel berkaitan: Anggap Kena Rekrut Basuh ‘Boot’ Senior Perkara Normal, Kenyataan Safee Sali Dipertikai Netizen

Artikel berkaitan: Pernah Mengharumkan Nama Di Australia, Rupanya Ini Realiti Sebenar Bekas Atlet Kebangsaan Era 60-an

616731673 10240046856979043 2971361666018916614 N

Untuk rekod, nama Datuk Abdah Alif amat sinonim dengan era kegemilangan bola sepak tanah air pada penghujung tahun 1970-an dan awal 1980-an.

Beliau dalam skuad negara yang membolehkan Malaysia layak secara merit ke Sukan Olimpik Moscow 1980 selepas menumbangkan Korea Selatan dalam perlawanan penentuan yang bersejarah.

Skuad kebangsaan ketika itu menampilkan barisan pemain hebat seperti Datuk Soh Chin Aun, Datuk Santokh Singh, Datuk Jamal Nasir Ismail dan beberapa lagi, selain Abdah yang turut memainkan peranan penting dalam kempen kelayakan.

Kini, selepas sekian lama meninggalkan pentas persaingan bola sepak, nama Abdah kembali mencuri perhatian peminat selepas berita perkahwinan terbaharunya disahkan oleh adiknya sendiri.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.