in

“Naik bulu roma tengok” – Viral Gambar Kubur Ratusan Pesakit Covid-19 di Brazil, Sebenarnya Masih Ramai Belum Sempat Dikebumi

Covid Brazil

Gambar lokasi pesakit Covid-19 di Manaus, Brazil dikebumikan viral  dan mendapat perhatian ramai. Bandar itu kini suram dan ‘ngeri’ kerana pandemik Covid-19 yang melanda apatah lagi Manaus adalah bandar paling banyak mencatat kes positif.

Mayat7

Mayat13

Mayat4 1

Namun Presiden Brazil, Jair Bolsonaro sendiri membantah perintah ‘lockdown’ dan sertai perhimpunan protes baru-baru ini. Sehingga kini meskipun kes melebihi 63,000 dengan kes kematian mencecah 4,200 Jair tetap menganggap pandemik ini sekadar ‘selsema’.

Brazil3

Menurut Daily Mail, Datuk Bandar Manaus, Virgilio Neto berkata Manaus kini secara realitinya kelihatan seperti ‘babak filem seram’. Masih banyak pesakit Covid-19 yang telah mati belum sempat dikebumikan dan bertimbun di dalam trak sejuk beku (pengganti rumah mayat).

Manaus mencatatkan kes Covid-19 di Brazil menyebabkan bandar itu tidak lagi dianggap pada tahap kecemasan tetapi sudah di tahap kemusnahan selepas kes kematian naik mendadak dari 20 hingga 30 kematian sehari kepada lebih 100 kematian.

Mayat12

Mayat3 1

Mayat2 1

Pekerja yang ditugaskan dalam pengebumian pesakit itu semua di tempat perkuburan bernama Parque Taruma berkata, mereka bekerja setiap hari untuk menggali lubang dan tidak lebih daripada 5 orang ahli keluarga boleh hadir untuk beri penghormatan terakhir.

Kami bekerja keras untuk kebumikan orang. Kami ada penggali kubur yang jatuh sakit dan dijangkiti coronavirus. Ada juga yang mati selepas dijangkiti.”

Mayat11

Mayat8

Mayat6

Baca: Sedih! Ini Cara Beberapa Negara Di Dunia ‘Uruskan’ Mayat Pesakit Covid-19

Feat 22

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: MetroUK
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail