in

299 Kanak-kanak Kehilangan Ibu Bapa & Penjaga Angkara Covid-19 Di Pulau Pinang

Collage 57

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dewan Perundangan Negeri hari ini mendapat tahu bahawa seramai 299 kanak-kanak di Pulau Pinang telah kehilangan salah satu dari ibu bapa mereka atau kedua-duanya sekali angkara Covid-19 sejak tahun lepas.


Menurut NST, dari jumlah ini, seramai 194 kanak-kanak kehilangan bapa yang juga merupakan pencari nafkah utama dalam keluarga, 78 kanak-kanak kehilangan ibu, 6 kanak-kanak kehilangan penjaga dan empat kehilangan kedua-dua ibu dan bapa.

1075320

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri Dr Norlela Arifin berkata, mengikut daerah, 95 kanak-kanak dari daerah timur laut, 84 kanak-kanak dari Seberang Prai Tengah, 46 dari Seberang Prai Utara, 41 dari daerah barat daya dan 33 dari Seberang Prai Selatan.

Tambahnya lagi, dari jumlah ini juga, seramai 142 atau 47.7 peratus masih bersekolah rendah, 152 atau 50.8 peratus pelajar sekolah menengah dan 1.7 peratus dari sekolah agama.

Exco kerajaan negeri telah memutuskan untuk membuat satu jawatankuasa khas bagi membantu kanak-kanak yang terkesan dari segi kesihatan dan kesejahteraan dan memastikan mereka boleh menyambung pelajaran.

Ini kerana, ada beberapa kes kanak-kanak berusia 16 dan 18 tahun telah berhenti sekolah kerana perlu membantu menjaga adik-adik kecil selepas menjadi anak yatim ekoran kematian ibu bapa.”

Norlela turut memberitahu bahawa Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah menghubungi kanak-kanak terlibat bagi membantu mereka dari segi kaunseling dan sokongan selain memberikan bantuan makanan.

Selain itu, Norlela juga akan membuat pemeriksaan dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) sama ada bantuan berjumlah RM5,000 akan diberikan atau tidak kepada pesakit yang meninggal akibat Covid-19 berpanjangan.

Ini kerana, ada beberapa kes di mana pesakit yang dimasukkan ke hospital dan dirawat telah meninggal dunia selepas dibenarkan keluar sebulan kemudian.

 

Baca: Enggan Vaksin, Budak 4 Tahun Maut Selepas Ibu Bapanya Positif Covid-19

Screenshot 2021 11 26 At 3.56.06 Pm

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.