in

Macam Mana Varian Baru Covid-19 ‘Omicron’ Dapat Nama? Ini Kisahnya…

Fi Omicron 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang semua sedia maklum, di saat seluruh dunia menjangkakan pandemik hampir pulih, datang pula varian baru yang dikatakan lebih bahaya daripada sebelum ini iaitu varian Omicron.


Varian Omicron yang pertama kali dikesan di Afrika Selatan telah menyebabkan beberapa negara di dunia mengetatkan semula sekatan perjalanan kerana bimbang akan penularan tersebut.

Tapi, korang ada tertanya-tanya tak kenapa varian itu dinamakan sebagai ‘Omicron’? Macam nama Transformers kan? Jom kita ketahui kisahnya!

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menamakan varian bagi virus yang wujud ini menggunakan huruf Yunani untuk mengelakkan kekeliruan dan stigma dalam kalangan masyarakat.

Bukan sahaja Omicron, varian lain seperti varian Alpha, Beta, Gamma, dan Delta juga dinamakan bersempena huruf Yunani juga atas sebab yang sama.

Sejarah huruf-huruf Yunani

Media Omicron

Istilah yang digunakan untuk panggilan varian-varian kini sebenarnya dipinjam daripada istilah huruf Yunani/Greece lama yang dikenali sebagai “Greek Alphabet”.

Terdiri daripada 24 huruf berbeza, setiap satunya mempunyai kod nama tersendiri di samping simbol yang membezakan huruf besar dan huruf kecil. Sistem tulisan ini telah dicipta lebih 2,000 tahun berdasarkan huruf-huruf Tamadun Phoenicia yang kini dikenali sebagai Cyprus.

Kesemua 24 huruf tersebut diberikan susunan secara formal sekitar tahun 4SM/BC yang bermula dengan huruf ‘Alpha’ dan diakhiri dengan huruf ‘Omega’.

Format susunan serta tulisan ini telah pun berjaya dikekalkan sehingga ke hari ini serta menjadi asas kepada beberapa sistem tulisan moden seperti Itali Kuno, Latin, Georgia dan Armenia.

Kenapa tak ikut turutan?

Kalau korang perasan, istilah varian terus skip kepada istilah Omicron kan? Ada skip dua turutan. Pelik tak?

Jadi sebenarnya banyak perbincangan dan pertimbangan yang telah dilakukan sebelum menamakan varian Omicron ini. WHO telah melangkau dua huruf Yunani sebelum Omicron (huruf ke 15); “Nu” dan “Xi” kerana ia membawa kepada spekulasi Xi” dielakkan sebagai menghormati presiden China, Xi Jinping serta ia merupakan nama keluarga yang biasa digunakan. Manakala, “Nu” pula terlalu mudah dikelirukan dengan ‘new’, jelas Tarik Jasarevic, jurucakap WHO.

Beliau menambah bahawa jalan terbaik ialah untuk menamakan varian tersebut dengan turutan huruf Yunani bagi mengelakkan kesalahan kepada mana-mana kumpulan budaya, sosial, kebangsaan, serantau, profesional atau etnik.

Sebelum ini, telah terjadi kekeliruan apabila menamakan nama sesuatu wabak bersempena nama tempat asal wabak tersebut berlaku. Sebagai contoh, wabak Ebola dinamakan sempena nama sungai tetapi sebenarnya ia jauh daripada tempat virus itu muncul. Selain itu, ‘Spanish flu’ juga sebenarnya bukan berasal daripada Sepanyol tetapi dikatakan berasal daripada Amerika Syarikat.

So, sekarang dah tahu kan dari mana datangnya istilah varian yang banyak ni. Agak-agak kalau muncul varian baru lepasni apa pula nama dia ya?

Sumber: Iluminasi dan The New York Times

Baca: COVID 19: Omicron Tak Seteruk Delta WHO

Baca Omicron

Sumber: CNN health

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.