in

Sedih! Ini Cara Beberapa Negara Di Dunia ‘Uruskan’ Mayat Pesakit Covid-19

Sehingga kini seluruh dunia menyaksikan hampir 2 juta kes Coronavirus dengan lebih 126 ribu kematian dicatatkan, menurut worldometers.

Amerika masih tertinggi dengan 613,886 kes diikuti Spain (174,060 kes), Itali (162,488 kes) dan France dengan 143,303 kes.

Namun bagaimana negara-negara terjejas uruskan kematian pesakit Covid-19 negara masing-masing?

Itali

Negara ketiga tertinggi terjejas teruk akibat Covid-19 ini tidak membenarkan sebarang majlis pengebumian mayat melibatkan ahli keluarga beramai-ramai.

Malah rayuan keluarga untuk melihat jenazah buat kali terakhir juga ditolak, kerana takut berlaku jangkitan.

*Sebab itu waris jadi trauma sebab terpaksa lupakan tradisi yang biasa dilakukan kepada si mati.

Bagi masyarakat Kristian, jenazah perlu dipakaikan dengan perhiasan yang baik namun untuk pesakit Covid-19, waris hanya dibenarkan untuk bekalkan pakaian, namun hanya akan diletakkan atas plastik yang balut jenazah.

Sepanyol

Berbeza dengan kerajaan Sepanyol, mereka masih membenarkan upacara pengebumian dilakukan sama ada di pusara atau pembakaran (bergantung pada keluarga simati).

Bagaimanapun hanya 5 orang ahli keluarga dibenarkan hadiri upacara tersebut dengan majlis boleh dilakukan kurang 5 minit, dikendalikan seorang paderi bagi penganut kristian.

China

Sebelum ini China mencatatkan zero cases Covid-19 namun dua tiga hari ini pertambahan kes baharu dicatatkan di negara tembok besar itu.

Bagaimana China handle lebih 3 ribu kematian di negara itu?

Difahamkan sebarang bentuk kematian diuruskan pihak hospital sepenuhnya.

Jenazah akan diuruskan dan dibakar pada hari sama kematian tanpa sebarang majlis, manakalah pihak keluarga akan dimaklumkan tentang kematian dan diberitahu lokasi mereka boleh ambil abu mayat.

Namun hanya seorang sahaja wakil keluarga dibenarkan untuk ambil abu mayat dan perlu naik kenderaan khas yang disediakan pihak berkaitan.

Sri Lanka

Ini yang terpaksa dihadapi masyarakat muslim di Sri Lanka apabila kerajaan negara itu baru mengumumkan mayat Covid-19 perlu dibakar.

Ia sekaligus bertentangan dengan kehendak agama islam, dimana jenazah perlu dikebumikan.

Lebih mengecewakan, jenazah juga tidak disolatkan sebelum dihantar ke pusat krematorium dengan iringan pihak polis.

Disebabkan itu, kerajaan Sri Lanka mula mendapat kritikan pelbagai pihak namun mereka tetap bertegas dengan saranan prosedur standard dikeluarkan WHO itu.

Allahu sedihnya…

Sumber : iluminasi

 

Baca : Lagi banyak cekadak eh!- [FOTO] Pusat Kuarantin Covid-19 Seluruh Dunia, Malaysia Antara Paling SELESA!

Sumber: iluminasi
Sumber: iluminasi
Sumber: The Times
Sumber: iluminasi