in

“Mungkin faktor usia” – [VIDEO] Amy Search Dikritik ‘Tarik’ Lagu Isabella Tapi Tak Sampai?

Untitled Design 2022 03 24T114932.239

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama Amy Search bukanlah nama asing dalam industri muzik rock tempatan, beliau sudah dikira sebagai lagenda dan merupakan antara rockers yang ikonik dengan fesyen yang berani.


Lagu ‘keramat’ mereka yang berjudul Isabella juga antara lagu yang tidak akan lapuk ditelan zaman, dan ia menjadi siulan orang ramai sehingga ke hari ini.

Bagaimanapun, baru-baru ini tular sebuah video dimana Amy Search sedang membuat persembahan lagu Isabella, tetapi di bahagian korus dia hanya menghulurkan mikrofon kepada penonton.

AMY SEARCH TAK MELATAH DIKECAM TAK BOLEH NYANYI 'LIVE', ASYIK HULUR MIC KEPADA PENONTONTular satu video baru-baru ini yang menunjukkan penyanyi rock legenda, Amy Search membuat persembahan pentas dengan menyanyikan lagu popular, 'Isabella'.Menerusi ruangan komen, terdapat segelintir netizen yang mengkritik vokal Amy kerana dianggap sudah tidak mampu menyanyikan lagu bernada tinggi dengan baik. Selain itu ada juga yang mengatakan susunan muzik yang dimainkan tidak sehebat ketika Amy bersama kumpulan Search."Part piching tinggi selalu suruh audien support, duduk rumah la Amy awak dah tak boleh menyanyi." – "Key rendah pun masih tak sampai nak buat macam mana. Faktor usia ya juga. " – "Vokal Amy masih boleh dimaafkan tapi sound sistem hancur gila. Macam muzik rumah orang kahwin," tulis beberapa netizen.Bagaimanapun, kritikan dan kecaman kononnya sudah tidak boleh menyanyi dengan baik sedikit pun tidak menjejaskan bapa kepada pelakon dan pengacara Nabila Huda.Enggan melatah dengan sindiran seperti itu, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 64, berkata dia percaya rezekinya dalam bidang nyanyian masih ada."Dari dahulu lagi orang sentiasa memberi komen. Saya berbesar hati menerima sebarang komen negatif yang diberikan. Jika komen positif saya ucapkan terima kasih. Hidup kita bergantung kepada Allah dan setiap rezeki itu adalah kurniaan-Nya," katanya.Mengulas tentang hal tersebut, Amy enggan memberi sebarang komen mengait namanya lagi dengan kemelut yang pernah melanda kumpulan legenda itu: "Tidak perlulah saya komen tentang hal itu. Biarlah mereka nak cakap apa," ujarnya ringkas.Untuk makluman, Amy mengumumkan keluar daripada kumpulan Search pada Mac 2020 yang mana anggota asalnya terdiri daripada Nasir selaku pemain bass, Nordin (gitar) dan Kid (gitar).Bagaimanapun Amy kemudian kembali bergabung pula dengan Man Kidal, Hillary Ang dan juga Nasir membentuk Search baharu. Mereka bakal tampil dengan dua lagu baharu berjudul 'Endamik 1' dan 'Endamik 2' dalam masa terdekat.Bercakap tentang perjalanan seni, kata Amy dia masih menerima undangan nyanyian termasuk majlis korporat dan perkahwinan."Syukur rezeki saya masih berjalan seperti biasa. Saya masih menerima undangan nyanyian di majlis-majlis tertutup dan saya akan terus menyanyi selagi terima jemputan," jelasnya. …………………..VERSI WEB: http://www.myartis.com/2022/03/amy-search-tak-melatah-dikecam-tak.html..TABUNG KEBAJIKAN MYARTIS: – Maybank : 114226643784https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10158303489921176&id=339964641175..#myartis #artismalaysia Myartis https://www.facebook.com/myartisdotcom/

Posted by artis malaysia on Tuesday, March 22, 2022

Video berdurasi lima minit itu mengundang pelbagai reaksi netizen, ramai juga yang mengatakan persembahan lagenda rock itu tidak terlalu ‘menyengat’ kerana faktor usia dan ada juga yang berpendapat persembahan itu kelihatan sedikit hambar kerana sistem audionya sangat teruk.

Mkjo

Walaupun begitu, dalam laporan MyArtis penyanyi lagenda itu tidak sedikit pun melatah dengan kritikan netizen, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 64, berkata dia percaya rezekinya dalam bidang nyanyian masih ada.

“Dari dahulu lagi orang sentiasa memberi komen. Saya berbesar hati menerima sebarang komen negatif yang diberikan. Jika komen positif saya ucapkan terima kasih. Hidup kita bergantung kepada Allah dan setiap rezeki itu adalah kurniaan-Nya,” katanya.

Sebagai info, Amy mengumumkan keluar daripada kumpulan Search pada Mac 2020 yang mana anggota asalnya terdiri daripada Nasir selaku pemain bass, Nordin (gitar) dan Kid (gitar), kemudian kembali bergabung pula dengan Man Kidal, Hillary Ang dan juga Nasir membentuk Search baharu. Mereka bakal tampil dengan dua lagu baharu berjudul ‘Endamik 1’ dan ‘Endamik 2’ dalam masa terdekat.

Bercakap tentang perjalanan seni, kata Amy dia masih menerima undangan nyanyian termasuk majlis korporat dan perkahwinan.

Baca: “Untung nurse situ”-[VIDEO] Amy Search Relax Ambil Vaksin, Siap Boleh Nyanyi Lagi

Untitled Design 2022 03 24T114517.683

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.