Misteri Terjawab, Dendam Sering Dibuli Di Tempat Kerja Punca Lelaki B*kar 9 Rumah Di Baling

Tambah ke Sumber Pilihan
Misteri Terjawab, Dendam Sering Dibuli Di Tempat Kerja Punca Lelaki B*kar 9 Rumah Di Baling

Kes kebakaran misteri di Kupang, Baling yang berlaku secara bersiri sejak Disember lalu akhirnya terjawab apabila polis berjaya menahan seorang suspek lelaki berusia 23 tahun pada Isnin lepas.

Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh, kejadian itu berpunca daripada dendam suspek yang sering dibuli di tempat kerja selepas siasatan dilakukan.


“Suspek yang juga penganggur dan penduduk di Kupang itu ditahan pada tengah malam.

“Kesemua sembilan kes khianat dengan api yang dilakukan suspek adalah berpunca daripada perasaan dendam kerana sering dibuli di tempat kerja sebelum ini,” katanya.

Artikel berkaitan: “Tiba-tiba je api tu muncul” – Api Misteri Muncul Dalam Rumah, Netizen Anggap Mungkin Ada Orang Hantar Sihir Dekat Keluarga Ini

Screenshot 2025 01 23 094357

Pada masa sama, suspek juga dipulaukan penduduk setempat dengan sebahagian mangsa dikenali pemuda tersebut.

Menurutnya, suspek sebelum ini bekerja di sebuah kilang getah dan berhenti kira-kira tiga bulan sebelum kebakaran pertama berlaku.

“Polis percaya disebabkan perasaan dendam, dia bertindak membakar sembilan rumah dengan kerugian tertinggi sebanyak RM300,000,” ujarnya.

Modus operandi suspek adalah mencurahkan petrol ke atas motosikal lalu membakarnya sebelum merebak ke rumah penduduk.

Suspek Lelaki Berusia 23 Tahun Yang Ditahan Kerana Disyaki Membakar Sembilan Rumah Dan Kenderaan Di Kupang Baling Sejak Bulan Lalu

Kebakaran sembilan rumah dipercayai berlaku antara 2 pagi hingga 5 pagi, menyebabkan dua kenderaan dan 18 motosikal terbakar, dengan kerugian sebanyak RM770,000.

Sebelum ini, media melaporkan penduduk meluahkan kerungsingan mereka berhubung kebakaran misteri yang berlaku secara berturut-turut.

Kebanyakan kebakaran membabitkan motosikal yang diletakkan di hadapan rumah mangsa, selain terdapat juga kejadian merebak sehingga menyebabkan kereta dan rumah turut terbakar.

Sumber: Harian Metro

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Nisak
Lagi tulisan Nisak
Suka buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Misteri Terjawab, Dendam Sering Dibuli Di Tempat Kerja Punca Lelaki B*kar 9 Rumah Di Baling
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/misteri-terjawab-dendam-sering-dibuli-di-tempat-kerja-punca-lelaki-bkar-9-rumah-di-baling/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM