in

“Tiba-tiba je api tu muncul” – Api Misteri Muncul Dalam Rumah, Netizen Anggap Mungkin Ada Orang Hantar Sihir Dekat Keluarga Ini

Feature Image Api

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerap kali kejadian misteri berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia di mana kebenarannya sukar untuk di ungkapkan.


Sebelum ini, satu kejadian rumah terbakar berlaku terhadap sebuah keluarga di Kelantan namun penyebab munculnya api itu masih tidak di ketahui.

Baru-baru ni, tular di media sosial mengenai api misteri yang muncul secara tiba-tiba dan mengebabkan kebakaran kecil dalam rumah terhadap keluarga yang sama.

Menurut Harian Metro, sebuah keluarga yang tinggal di Kampung Penambang, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kota Bharu dikejutkan dengan kemunculan api misteri yang berulang kali sejak dua hari lalu

Api misteri berkenaan juga dikatakan muncul secara tiba-tiba sebelum membakar beberapa tempat dan barang dalam rumah itu selang tempoh beberapa minit.

Antara yang terbakar, kain, selimut dan sejadah, selain api marak tiba-tiba merebak ke barangan lain seperti pintu, almari dan mesin basuh.

Menurut salah seorang ahli keluarga tersebut, Nor Fatihah, 21,  kejadian yang berlaku ini terjadi bukannya pertama kali, tapi ia sudah terjadi sejak 7 tahun yang lalu. Pada tahun 2017, kediaman mereka sekeluarga pernah terbakar 100 peratus sehingga merebak ke rumah jiran berdekatan.

“Selepas lebih dua tahun tidak diganggu kejadian misteri ini, kami sekali lagi terpaksa melaluinya, bermula dengan kebakaran motosikal di bawah rumah pada 8.45 malam, Ahad lalu.

Sihir ke?

Namun begitu, akibat munculnya api misteri ini, ada netizen yang beranggapan bahawa keluarga ini berkemungkinan telah di sihir oleh individu lain.

Sihir
Sumber: facebook

Namun begitu, mereka sekeluarga tetap bertabah menghadapi ujian ini tambahan lagi pernah kena pulau dengan penduduk kampung disebabkan munculnya api misteri.

“Saya sudah buntu apatah lagi, ada penduduk kampung yang memulaukan kami sekeluarga kerana terdapat pengamal perubatan tradisional yang ambil kesempatan dan buat andaian mengarut,”

“Sepanjang dua malam ini rumah kami ‘dijaga’ pihak bomba yang sentiasa bersedia kerana risau api muncul akan memusnahkan lagi kediaman. Kami tidak mahu pisang berbuah dua kali.

“Kami sekeluarga kini tidak lena untuk tidur memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah ini. Saya merayu orang ramai tidak membuat andaian sendiri kerana ada tidak rasai derita kami,” katanya.

Admin rasa kita doakan yang terbaik sahaja untuk keluarga ini supaya mereka kuat untuk menghadapi ujian dan dugaan yang menimpa mereka.

 

Baca: “Saya sanggup mati” – Remaja Melecur Teruk Lepas Selamatkan Anak Buah Terperangkap Dalam Kebakaran

Oo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.