in

“Minta timun lebih ke tu?”- ‘Sarapan’ Lelaki Ini Buat Netizen Gelak Besar

4Timun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sarapan adalah antara perkara yang penting untuk dibuat setiap pagi. Dengan sarapanlah kita akan dapat tenaga untuk meneruskan aktiviti seharian kita.


Lain pula yang berlaku kepada seorang lelaki yang beli sarapan ini. Disangka sarapan yang dibelinya akan bagi tenaga untuk bekerja, rupanya hanya gelak tawa yang diterima.

Satu video Tiktok dari @bukanceohanyakuli menunjukkan dia yang ingin bersarapan sebaik tiba di tempat kerja dikejutkan dengan potongan timun dalam bekas makanannya. Yang membuatkan netizen terhibur adalah saiz timun itu yang masih dalam keadaan hampir sempurna dan belum dipotong. Korang boleh tengok ‘sarapan’ lelaki itu kat video bawah ni.

@bukanceohanyakuli

mesti makcik tu cari timun dia?

♬ Makan Jangan Asal Makan – Nussa

 

Minta timun lebih ke?

Aduhh… keras perut min tengok video ni. Kesian lelaki tu, nak breakfast best-best sekali dapat timun je, tak potong lagi pulak tu. Terhibur min tengok.

Screenshot 2022 02 19 At 1.22.20 PmBetul gak tu, bawak balik rumah, hiris nipis-nipis boleh tekap kat mata sambil pakai facial mask. Boleh include sekali dalam skincare routine gittew.

Screenshot 2022 02 19 At 1.22.31 PmMin pun sampai keras perut tengok video ni. Walaupun video pendek je tapi lawak dia level lain. Kesian brader tu nak sarapan tapi dapat timun.

Screenshot 2022 02 19 At 1.23.01 PmKesian gak kat makcik tu cari timun dia tak jumpa-jumpa. Dah tak pasal kurang stock timun dia untuk berniaga.

Screenshot 2022 02 19 At 1.22.41 PmNi pun betul gak. Biasa kita bangun pagi mesti lapar kan. Beli sarapan apa semua, time nak makan tengok-tengok dapat timun je. Kecewa, sedih, nak marah semua ada. 

Screenshot 2022 02 19 At 1.23.16 PmMakcik tu pun mesti packing kalut-kalut tu. Tak sempat check bagi makanan ke bagi timun yang belum potong. Nasib kurang baik lah brader tu sebab dapat timun je.

Screenshot 2022 02 19 At 1.23.31 PmMungkin brader tu tak dapat sarapan dia. Tapi sebenarnya dia dah menggembirakan hati orang ramai. Min harap brader tu tak simpan dendam dengan makcik yang meniaga tu, kita manusia memang tak lepas dari melakukan kesilapan. 

Lepas ni kalau korang bungkus sarapan, check dulu sebelum gerak. Bukan apa, takut end up dapat timun je.

 

Baca: “Lepas sarapan balik lah terus!” – Lelaki Bengang Kaunter K’jaan Buka Lewat Sejam Tapi Tak Ada Notis Pun

Screenshot 2022 02 19 At 1.29.26 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.