in

“Lepas sarapan balik lah terus!”- Lelaki Bengang Kaunter K’jaan Buka Lewat Sejam Tapi Tak Ada Notis Pun

Fi Kk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila berurusan dengan hal ehwal kerajaan ni, dalam otak kita mesti dah set kena pergi awal pagi sebab orang akan ramai dan nak siap cepat kan? Membayangkan beratur panjang, urusan lambat dan suasana sesak tu pun dah cukup buat korang penat.


Jadi, bercakap tentang urusan kerajaan, seorang lelaki telah berkongsikan di laman Twitter peribadinya; @iamjoelee tentang pengalamannya bengang menunggu lama di salah sebuah institusi kerajaan semalam.

Menurut Joe, dia sampai di Pejabat Tanah Daerah Klang pada tepat jam 8 pagi semalam bagi menghantar borang bantuan bencana banjir. Katanya, kaunter urusan kebiasaannya dibuka pada sekitar jam 8 ke 8.30 pagi. Namun, pada pagi itu dia dan orang ramai menunggu sehingga jam 8.35 pagi masih juga belum dibuka.

“Bukan nak aibkan atau marah melulu. Cuma pemerhatian,” jelas Joe apabila menceritakan tentang suasana kejadian. 

Joe yang beratur di barisan hadapan berkata ramai lagi orang lain di belakangnya termasuk pemohon warga emas yang menunggu. Lebih mengecewakan, tiada apa-apa notis ditulis daripada pihak kakitangan yang menyatakan kaunter dibuka lewat jam 9 pagi.

Staf datang lenggang kangkung 

Tahap kesabaran orang ramai ketika itu dikatakan sudah sampai ke kemuncaknya apabila melihat tak kurang 10 orang staf yang baru masuk ke pejabat secara melenggang kangkung sambil membawa makanan dan berborak, seperti tiada apa yang berlaku. Menurut Joe, dia memuat naik video di laman Twitternya itu pada jam 8.55 pagi, beberapa minit sebelum kaunter dibuka.

Fis5Fw3Vuaitctr

Rasa kecewa yang diluahkan itu juga mengundang perhatian para netizen di ruangan komen. Ramai yang bersetuju dan berkongsikan pengalaman seperti saudara Joe ini.

Komen Kk 1

Apa jua kerja yang kita lakukan, sikap efisyen dan bertanggungjawab tu sangatlah penting. Semoga isu sebegini dapat diambil tindakan dan perhatian pihak yang sepatutnya lah. Kesian orang ramai yang terpaksa menunggu lama.

Baca: Tengah makan ada 2 ekor tikus lalu!- Wanita Kecewa Aduan Diabai Pekerja Kedai Makan Pavilion KL

Baca Kk

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.