Satu rakaman CCTV sebuah restoran di Gurney Drive, Pulau Pinang tular memperlihatkan tindakan seorang lelaki warga asing yang dipercayai mencabut bulu dadanya sebelum memasukkannya ke dalam makanan ketika sedang menjamu selera bersama seorang wanita pada 4 Oktober lalu.
Rakaman tersebut dikongsikan oleh individu yang dipercayai pemilik restoran berkenaan, ianya dikatakan berlaku selepas lelaki itu mengadu mengenai kualiti makanan dan enggan membayarnya.
Artikel berkaitan : “Pantang berenggang!” – [VIDEO] Pak Cik Rider Kongsi Chat Sweet Dengan Isteri Buat Ramai Cair
Artikel berkaitan : Lelaki Mengamuk, L*mpar Kuali Gerai Char Kuey Teow
Cabut bulu dada sebab tak nak bayar
Menurut laporan Oriental Daily, pasangan berkenaan pada awalnya mahu memesan ayam goreng. Namun, selepas dimaklumkan menu tersebut sudah habis, mereka memilih untuk memesan char kuey teow, sebiji telur dan minuman dengan jumlah keseluruhan kira-kira RM30.
Bagaimanapun, rakaman CCTV restoran menunjukkan lelaki tersebut beberapa kali memasukkan tangannya ke dalam baju sebelum mengeluarkan sesuatu dan memasukkannya ke dalam makanan.

Tidak lama kemudian, lelaki berkenaan dikatakan mengadu kepada pekerja restoran bahawa terdapat “rambut” di dalam char kuey teow yang dipesannya. Menurut pengurus restoran berkenaan, pihaknya hanya menyedari tindakan mencurigakan lelaki itu selepas mereka kembali meneliti rakaman CCTV di mana waktu selepas mereka pergi.
Katanya, ketika dia dan pekerja sedang memeriksa makanan tersebut, pasangan berkenaan dilihat bangun dan cuba meninggalkan restoran. Pengurus itu kemudian menghampiri mereka dan mengingatkan bahawa bil masih belum dibayar.

Bagaimanapun, lelaki tersebut didakwa enggan membuat bayaran dengan alasan makanan yang dihidangkan tidak berkualiti malah siap mempertikaikan kualiti makanan itu sebelum beredar.
“Macam mana saya nak bayar makanan dengan kualiti macam ini?”

Susulan kejadian itu, pemilik restoran tampil memberi amaran kepada pengusaha makanan dan minuman lain menerusi media sosial supaya berhati-hati dengan pasangan tersebut.
“Semua orang kena berhati-hati dengan pasangan ini. Dia mencabut bulu dadanya sendiri dan memasukkannya ke dalam char kuey teow, kemudian mengatakan makanan kami tidak berkualiti dan pergi tanpa membayar,” katanya.
Sumber: Oriental Daily, Facebook
