in

“Mereka kata saya tak layak pakai” – Isteri PU Abu Buka Purdah, Kena ‘Push’ Dengan Netizen Hari Hari

Buka Purdah Dah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masih ingat dengan Hana Azraa? Ya, isteri pendakwah PU Abu Sufyan yang pernah menjadi kontroversi tak lama dulu. Bagi yang mengikuti perkembangan mereka, mesti perasan penampilan Hana yang berpurdah.

Namun, kini menurut mStar, Hana tidak lagi mengenakan purdah dan ramai netizen yang tertanya-tanya dan mempersoalkan keikhlasan dia pakai sebelum ni.


Whatsapp Image 2019 09 13 At 10.15.41 2
sumber: instagram

Kata Hana, sebenarnya kecaman dan kata-kata dari netizen kepadanya adalah salah satu punca dia membuat keputusan untuk tidak mengenakan imej berpurdah lagi.

Sebenarnya saya jadi terganggu apabila diasak orang luar yang hari-hari minta saya buka purdah, mereka kata saya tak layak pakai.”

Tapi sejujurnya walaupun purdah itu bukan satu kewajipan dalam Islam, tapi saya memang betul betul ikhlas memakainya.”

Hana2
sumber: mstar

Ramai netizen yang mempertikaikan tindakan Hana dan berkata selama ini dia hanya berpura-pura memakai purdah apatah lagi dengan statusnya sebagai isteri kepada pendakwah.

Saya berpurdah bukan kerana manusia tetapi kerana Allah dan diri sendiri. Saya baru lagi belajar, masih mentah dan lemah dalam bab bab ni.”

Saya harap semua orang boleh doakan saya agar sentiasa sabar dan terus istiqamah dalam menjaga diri serta penampilan.”

Whatsapp Image 2019 09 13 At 10.45.58

Whatsapp Image 2019 09 13 At 10.15.41
sumber: instagram

Tapi, dia tetap berterima kasih dan hargai terguran daripada netizen tak kira positif mahupun negatif walaupun mereka tak kenal dirinya secara lebih dekat.

Saya nak minta maaf secara terbuka kepada semua yang menyedari tentang isu ini. Agak hebat juga maklum balas yang saya terima. Baik dan buruk.”

Saya dapat macam macam komen terutama melalui DM di Instagram. Terima kasih kepada yang mendoakan dan menasihati saya.”

Siapalah kita untuk menilai orang lain. Cakap yang baik baik, doa yang baik baik…

Baca: “Kami dah tak tinggal sebumbung lagi” – Hana Azraa Dedah Ada Masalah Rumah Tangga, Bakal Bercerai Dengan PU Abu?

Hana Cerai Abu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.