in

“Kami dah tak tinggal sebumbung lagi” – Hana Azraa Dedah Ada Masalah Rumah Tangga, Bakal Bercerai Dengan PU Abu?

Hana Cerai Abu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas dilanda kontroversi menceraikan isteri yang sedang sarat hamil, PU Abu ‘buat hal lagi’ apabila timbul pula berita yang mengatakan dia kini mempunyai masalah rumah tangga dengan isteri barunya, Hana Azraa.


Menurut laporan mStar, selepas 2 bulan menceraikan Ain ‘Afini, perkahwinan kedua PU Abu sekali lagi diuji apabila Hana Azraa kini mengaku yang dia dan suaminya sudah membawa haluan masing-masing dan tidak lagi tinggal bersama-sama. Pulak dah??

5C9E5Bf6 Dcee 4B45 9369 61Dcb2Ecf15E
sumber: xtra

 

“Saya dan Abu kini dalam proses untuk bercerai” – Hana Azraa 

Hana atau nama sebenarnya, Nurhannah Azra Mohd Zakir berkata, dia dan PU Abu kini dalam proses bercerai.

“Saya dan Abu kini dalam proses untuk bercerai. Kami dah tak tinggal sebumbung, dia di Kuala Lumpur manakala saya di Kedah. 

“Saya tak nak dikaitkan lagi dengan PU Abu di media. Hidup saya cukup dengan anak-anak dan kerjaya,” kata Hana.

Hana
sumber: instagram

Tambah Hana lagi, dia kini tampil untuk ceritakan hal sebenar tentang situasi rumah tangganya sebab tak mahu salah faham lagi dengan netizen.

“Saya harap netizen tahu keadaan sebenar antara saya dan PU Abu… tak nak mereka salah faham tentang kami.” 

 

Doakan kebahagian PU Abu dan Ain sampai syurga

Hana Azraa pada masa yang sama juga mendoakan kebahagian PU Abu dan Ain dengan anak baru mereka, Muhammad Adam Aysar.

“Saya tetap doakan kebahagiaan PU Abu dan Ain (bekas isteri pertama) serta anak mereka sampai syurga. 

“Hubungan saya dan PU Abu akan berakhir dengan baik, insyaAllah,” ujarnya.

Dalam pada itu, PU Abu enggan memberi sebarang kenyataan mengenai status rumah tangganya bila disoal wartawan. Dia hanya menegaskan bahawa hubungannya dengan Hana masih lagi suami isteri.

Marilah kita doakan yang baik-baik kepada mereka. Min pun dah tak tahu nak cakap apa dah kat PU Abu ni. 

Baca: “Lepas dia cerai, saya memang try dia gila-gila” – Netizen Mengamuk PU Abu ‘Cerita’ Kisah Cinta Dengan Hana

Sampah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.