Pelakon Norreen Iman memilih untuk memaafkan mana-mana pihak yang melemparkan segala kecaman terhadapnya di media sosial asalkan ia tiada melibatkan sebarang fitnah.
Kata Norreen menerusi Threads, dia tidak tersinggung mahu pun marah tetapi reda kerana dirinya sendiri yang membuka ruang kepada orang awam untuk memberikan pandangan.
Artikel berkaitan : “Harap dia jalankan tanggungjawabnya terhadap anak-anak” – Kenyataan Norreen Iman Jadi Tumpuan
Artikel berkaitan : “Dia baru umur 8 tahun” – Kawan Sekolah Panggil Anak Gemuk, Norreen Beri Nasihat Kepada Ibu Bapa
Asalkan bukan fitnah, aku maafkan – Norreen Iman

Kata Norreen, jika dibandingkan dengan dirinya yang lama, mungkin segala kecaman itu akan dibalas menggunakan kata-kata tajam buat mereka yang mengutuknya. Namun begitu, dirinya kini semakin matang memandangkan dia mempunyai 2 orang anak dan seorang ibu yang harus dijaga, keutamaannya kini adalah kesihatan mentalnya.
Baginya, kesemua itu lebih penting daripada memikirkan segala kecaman dan apa yang diperkatakan oleh orang ramai.
Malah, Norreen juga akhirnya bersuara mengenai penampilannya yang kini tidak lagi berhijab. Katanya, perkara itu adalah di antara dirinya dengan Yang Maha Esa.
Norreen juga mengatakan yang dia faham dengan bermacam-macam reaksi negatif yang diterima daripada orang ramai dan dia akui itu adalah khilafnya. Malah Norreen juga mengakui bahawa ia tetap salah dan dia akan cuba perbaiki diri lagi.

Sumber: Threads
