Menjaja Cerita Sedih Untuk Dapatkan Duit Orang, Tapi Sebenarnya Tipu, Ada Mangsa 19 Tahun Lesap RM 450!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Zaman sekarang ni memang susah betul, rasa was-was kalau nak beramal. Kenapa lah wujud manusia sebegini.

Pada hari Sabtu (4 May) lepas, ada seorang lelaki ditipu sebanyak RM 300 daripada seorang individu ni. Tiga hari kemudan, ada lagi sorang mangsa yang terpedaya dengan cerita sedih dia ni.

Mangsa Chong ada kongsikan pengalamannya kepada World Of Buzz, sewaktu tengah lunch break, dia menceritakan bahawa dia kononnya tecicir dompet di MRT Bandar Utama dan tayang laporan polis yang dia buat tu.

 

Pinjam RM 960, janji nak bayar extra RM 200

Pemuda berusia 19 tahun ini pada mulanya agak was-was, tapi bila dia mula bersandiwara yang dia dah tak mandi selama tiga hari sebab tak dapat masuk hotel yang dia tinggal, Chong mula rasa kesian.

Tanpa segan silu dia bertanyakan jumlah yang diperlukan kepada individu tersebut. Dia jawab:

“Saya perlukan RM 310 untuk buat IC dan tambahan RM650 untuk bayar hotel, jadi jumlahnya RM 960”

Gila! Sudah semestinya RM 960 tu banyak, tapi si scammer ni yakinkan Chong untuk bayar balik dan janjijan extra RM200 bila nak bayar balik. Hurmm, budak-budak, sah-sah lah excited kan? Admin pun masa umur dia excited masa dengar umpan MLM dulu, ahakz!

Tapi, Chong beritahu kepada scammer tu yang dia mampu pinjamkan RM 400 je, sebab itulah jumlah yang dia ada dalam bank sekarang. Si scammer pun ambil lah, siap bagi nombor telefon konon boleh hubungi.

Laporan polis kononnya dompet tercicir

 

Hanya mampu bantu beri pinjam RM 400 & RM 50 daripada wallet.. Ini reaksi scammer yang buatkan ramai boleh terpedaya!

Kemudian Chong bawanya ke sebuah bank di Damansara Utama, bahkan siap bagi extra RM 50 daripada dompet dia untuk tolong si scammer ni. Alahai kesiannya.

Si scammer ni pun mulalah menangis kononnya terharu sambil cakap terima kasih. Tapi dia mula sedar yang dia ditipu apabila teman wanita dia terbaca satu kisah dia ni yang tengah viral.

Jalan cerita pun hampir kurang sama. Menyedari bahawa dia takkan dapat kembali wang dia, dia sarankan kepada orang-orang diluar sana yang tinggal dan ke kawasan Damansara untuk lebih berhati-hati dan jangan terlalu mudah dengan cerita sedih dan tangisan dia.

Baca : “If you’ re really good in bed” – Guna Foto Wanita Ini Untuk Servis ‘Sugar Mummy’ Ini Taktik Baru Scammer Kaut Duit!

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Si gemuk yang tengah berpulun nak kuruskan badan tapi kuat makan, namun selepas 6 bulan lelaki ini berjaya menghilangkan RM 1,000 tanpa sebarang kg.