in

“If you’re really good in bed” – Guna Foto Wanita Ini Untuk Servis ‘Sugar Mummy’, Ini Taktik Baru Scammer Kaut Duit!

Sugarmummy

Zaman sekarang ni kena hati-hati kalau nak kongsikan apa-apa gambar di media sosial, terutamanya bagi mereka yang buat setkan public pada profil mereka.

Tak perlu berpakaian seksi dan tayang tubung badan, berhijab dan menjaga aurat juga boleh menjadi ancaman pihak tak bertanggungjawab.

Buktinya foto-foto Liya yang menjaga aurat ni telah dicuri dan digunakan untuk page kotor iaitu servis untuk sugar mummy. 

 

Scammer gunakan gambar saya untuk page kotor

Pagekotor Pagekotor2

Disebabkan gambarnya itu telah disalah guna, tunang kepada Liya cuba hubungi si scammer tu. Menyamar kononnya ingin melanggan khidmat yang disediakan.

Dari situ dia mendedahkan modus operandi untuk mereka umpan orang. Padahal sugar mummy tu tak wujud.

Tapi yang bengangnya dia dah gunakan gambar wanita ini untuk tujuan khidmat-khidmat seksual bahkan untuk penipuan!

 

Perbualan dengan scammer

Pagekotor3 Pagekotor4

Masa ni lah dia mula dapat tahu bahawa itu hanyalah scammer semata-mata. Dah nampak sangat, kalau bab-bab bagi duit dulu ni biasanya scammer lah tu. Nama pakai pelik-pelik lepastu cara bagi butiran akaun pun entah apa-apa.

 

Suruh bayar dulu

Pagekotor5

Pagekotor7

Tidak lama kemudian tunangnya gesa untuk buang gambar tersebut, nak bayar wang kepadanya. Gambar itu telah di buang tapi sayangnya hanya sekejap sahaja kemudian dia muat naik balik.

 

Gambar dah buang lepastu muat naik balik

Pagekotor8 Pagekotor9

Pagekotor10

Bagaimanapun page itu telah dibuang. Alahai ingat orang ni desperate sangat ke sugar mummy tu, kono  bagi sugar mummy dari US lah itu lah ini lah. 

Kesimpulan daripada kisah ni, kita dapat lihat yang Liya mungkin terdedah dengan bahaya, kita tak tahu mungkin ada mangsa yang percaya itu ialah dia, jadi risiko untuk menjadi ancaman orang luar tanpa sebab sangat tinggi.

Jadi, pesanan disini, ambil langkah berjaga-jaga dan kalau perkara ini terjadi pada anda, boleh gunakan kuasa viral untuk minta bantuan netizen.

 

Baca : Hati-Hati! Scammers Mengaku ‘Pelancong’ Kini Aktif Kat Mall Sekitar Lembah Klang

Scam