Syarikat penerbitan terkemuka, Global Station Sdn. Bhd. akhirnya tampil mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu serta kebimbangan yang sedang hangat diperkatakan di media sosial ketika ini.
Menerusi kenyataan media yang dikongsikan hari ini, pihak produksi menegaskan bahawa mereka mengambil maklum mengenai perkara tersebut dan memandang serius aspek keselamatan serta kesejahteraan semua pihak yang terlibat dalam produksi mereka.
Artikel berkaitan: Pengurusan Zarif Ghazzi Nafi Dakwaan Salah Laku, Buat Laporan Polis
Artikel berkaitan: “Komen dah macam tak ada maruah, nafsu macam arnab” – Puteri Balqis Hentam Netizen Isu Pelakon Lelaki?
View this post on Instagram
“Kami menghargai pihak yang tampil berkongsi, dan memberikan perhatian sepenuhnya terhadap perkara ini,” jelas kenyataan itu.
Menurut Global Station, pihaknya kini sedang mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi memahami keadaan sebenar yang berlaku dan berjanji akan bertindak secara adil serta bertanggungjawab terhadap sebarang perkara di bawah bidang kuasa mereka.
Dalam pada itu, syarikat penerbitan berkenaan turut mengesahkan mereka sedia maklum bahawa satu laporan polis telah dibuat berhubung isu tersebut.
“Sebagai pihak penerbit, kami bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa sekiranya diperlukan bagi membantu sebarang siasatan yang dijalankan,” katanya.
Sehubungan itu, Global Station memohon agar orang ramai menghormati privasi semua pihak yang terlibat dan tidak membuat sebarang spekulasi selagi perkara terbabit belum mendapat penyelesaian.
Pihaknya juga menyeru masyarakat agar tidak membuat sebarang andaian atau mengaitkan perkara berkenaan dengan mana-mana individu.
Sumber: Instagram
