Kira-kira 5,000 peserta yang menghadiri perhimpunan tabligh di Sri Petaling dipanggil untuk menjalani pemeriksaan Covid-19 susulan ada peserta yang menghadiri program sama positif Covid-19.
Ramai yang beri kerjasama, namun ada juga yang dipercayai masih belum hadir menjalani pemeriksaan.
Peserta tabligh suspek covid-19 lari dari klinik kesihatan
Namun kejadian yang berlaku semalam lebih membimbangkan apabila seorang lelaki berusia 54 tahun yang disyaki positif Covid-19 bertindak melarikan diri dari Klinik Kesihatan Bukit Naga, Seksyen 32 Shah Alam.
Doktor klinik tersebut kemudiannya dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung kes itu.
Ini kisah doktor tersebut.
Lelaki itu dikatakan datang ke klinik kira-kira pukul 10.25 pagi Khamis.
“Hasil pemeriksaan mendapati beliau mengalmai demam suhu yang tinggi serta mempunyai tanda suspek COVID-19.
“Beliau terlibat dalam perhimpunan Tabligh di Sri Petaling,”
Dia kemudiannya ditempatkan di khemah pengasingan pada pukul 1.04 tengahari, namun lelaki itu dipercayai melarikan diri selepas pegawai kesihatan mendapati dia tiada di khemah tersebut, dan terus memaklumkan kepada doktor bertugas.
Pihak klinik kemudian menghubungi lelaki tersebut dan memintanya untuk kembali ke klinik, lelaki itu bersetuju dan berkata akan kembali semula.
Namun bila pihak klinik menghubunginya kembali, nombor tersebut tidak dapat dihubungi.
Kalau betul, tolonglah beri kerjasama!