in

“Kalau meninggal memang dah ajal” – Netizen Kesal Sikap Peserta Tabligh Tak Mahu Ke Klinik, Hanya Berserah Jika Dijangkiti COVID-19

Sikap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak berita mengenai seorang warga Brunei disahkan menghidap COVID-19 selepas menghadiri ‘ijtimak tabligh’ di Masjid Seri Petaling, KL, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) nampaknya telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengekang wabak ini daripada terus merebak.


Menurut New Straits Times, lebih membimbangkan seorang peserta lelaki berusia 60 tahun dari perhimpunan keagamaan itu semalam telah disahkan positif COVID-19. 

Pesakit tu katanya mengalami demam, batuk dan selesema pada 4 Mac dan ke Hospital Bentong pada 8 Mac selepas alami masalah kesukaran bernafas. Allahu….

89437979 10222386401513871 9188713544856633344 O

 

KKM nasihatkan peserta ‘ijtimak tabligh’ hubungi pejabat kesihatan daerah

Sehubungan dengan itu, pihak KKM telah menasihatkan mereka yang hadiri perhimpunan tersebut pada 28 Februari hingga 1 Mac lepas untuk segera hubungi pejabat kesihatan daerah demi membendung penularan jangkitan COVID-19 dengan secepatnya. 

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dianggarkan lebih kurang 10,000 orang daripada beberapa negara termasuk Malaysia telah menghadiri perhimpunan ini.

Peserta Malaysia saja katanya dianggarkan melebihi 5,000 orang. Aduhai banyaknya… 

 

“Good luck mencari 5,000 orang kalau ada orang justify macam ni” 

Namun usaha KKM nampaknya akan menemui jalan buntu kalau ada di antara peserta mempunyai tahap pemikiran macam kat bawah ni.

Menerusi perkongsian netizen di Twitter, rata-rata di bahagian komen media sosial, kebanyakan peserta tabligh memilih untuk pasrah dan ‘berserah’ jika mereka dijangkiti coronavirus. Aduhai! 

Mampus 1

Es1I3Rcvaaabrzz

Es1I3Wiu8Aepbfp

 

“Puak bodoh macam ni lah yang cacatkan nama Islam” 

Rata-rata netizen yang membaca komen tersebut berasa sangat marah dengan sikap endah tak endah kumpulan tersebut. Memang betullah kita kena redha dengan apa yang berlaku, tapi kalau perkara tu dah boleh memudaratkan orang lain… tu dah kira dosa lah kan?

Tabligh

Apa-apapun min berharap sangat peserta ‘ijtimak tabligh’ ni mengambil inisiatif untuk hubungi KKM atau kuarantin diri sendiri dalam 14 hari untuk elak penyebaran wabak ini kepada orang lain. Janganlah ambil ringan soal kesihatan ni. Kesian mereka yang tak terlibat terkena virus ni pulak. 

Baca: “Mata rasa terbakar, kepala macam nak pecah” – Pesakit-pesakit Coronavirus Kongsi Simptom Penyakit

Corona

Sumber: Facebook
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.