Orang kalau tengah lapar, jangan buat main-main. Mesti korang pernah dengar orang cakap macam tu kan. Tapi sebenarnya jangan lah kita mengamuk walaupun kita tengah lapar. Nanti tak pasal-pasal kena tangkap polis pulak.
Haa.. itulah yang berlaku kepada seorang lelaki di Australia sebab terlampau lapar. Lelaki berusia 24 tahun itu telah ditangkap polis selepas mengugut nak tikam pekerja restoran gara-gara tidak dihidang kentang goreng.
Menurut laporan Daily Star, kejadian itu berlaku di East Perth selepas lelaki itu masuk ke sebuah restoran kira-kira jam 9 malam Jumaat lalu dengan niat untuk mendapatkan fries. Namun, hasrat lelaki itu tidak dapat ditunaikan kerana dapur restoran telah ditutup dan para pekerja mula melakukan kerja pembersihan sebelum pulang ke rumah masing-masing.
Menyedari hasratnya untuk mendapatkan fries tidak berjaya, lelaki tersebut nekad bertindak mengugut untuk membunuh pekerja restoran. Akibat ketakutan dengan ugutan tersebut, pekerja restoran mula memasak fries di dapur dan pada masa yang sama menghubungi balai polis.
Sementara mengunggu fries-nya siap dimasak, pihak polis telah tiba di lokasi kejadian dan memberkasnya. Pihak polis mendapati lelaki itu membawa sebilah pisau yang menjadi senjata untuk ugutan yang dibuatnya.
Lelaki itu kini dibawah penahanan polis akibat ugutan bersenjata.
Baca: Pasangan New Zealand Temui Kentang Besar Di Halaman Rumah, Berat 7.9kg!