in

Pasangan New Zealand Temui Kentang Besar Di Halaman Rumah, Berat 7.9kg!

2Kentang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, satu pasangan dari New Zealand telah mengegarkan dunia dengan penemuan kentang gergasi di halaman rumah mereka seberat 7.9kg.


Screenshot 2021 11 07 At 2.44.41 Pm

Colin dan Donna Craig-Brown sedang membersihkan halaman mereka di New Zealand ketika cangkul Colin terkena sesuatu objek yang besar dibawah permukaan tanah. Apabila pasangan itu mula mengorek di sekeliling objek tersebut, Colin tertanya-tanya sama ada ia merupakan sejenis kulat yang jarang ditemui atau sesuatu objek yang aneh. Namun, selepas Colin mencungkil kulit objek tersebut dengan garpu, dan cuba merasanya, ia sebenarnya adalah kentang.

Screenshot 2021 11 07 At 2.44.30 Pm

Bercakap kepada People, pasangan tersebut tidak mempercayai penemuan mereka.

Kami tidak percaya, ianya sangat besar”

Donna pula menambah yang kentang itu mempunyai rupa bentuk yang agak hodoh dan seolah-olah bermutasi. Walaupun mempunyai rupa yang hodoh, penemuan mereka itu menjadikannya sebagai kentang terbesar yang pernah dijumpai.

Screenshot 2021 11 07 At 2.46.52 Pm

Sejurus menggali keluar kentang itu, pasangan tersebut membawanya ke garaj untuk ditimbang dan mesin penimbang mereka menunjukkan bacaan 7.9 kilogram. Pasangan dari Hamilton, New Zealand itu memberikan nama kepada kentang itu yang kini dikenali dengan ‘Doug’.

Pasangan itu bercadang untuk membawa Doug untuk diiktiraf of Guinness Book of World Records. Rekod terakhir adalah kentang dari Britain pada 2011 yang seberat kira-kira 5 kilogram. Walaubagaimanpun, pihak Guinness masih belum memberikan maklum balas mengenai ‘pencalonan’ baharu itu dan pasangan itu masih optimis menantinya.

Screenshot 2021 11 07 At 2.47.05 Pm

Sementara menanti jawapan dari Guinness, Doug dikhuatiri tidak dapat bertahan lama. Pasangan itu menunjukkan keadaan kentang kesayangan mereka mula mengering dan kehilangan berat. Selain itu, kulat sudah mula kelihatan pada bahagian parutnya dan Doug juga sudah mula mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

 

Baca: “Bunyi rangup tu mmg buat terliur betul” -[VIDEO] Viral Di TikTok Seluruh Dunia, Ramai Suka Resipi Kentang ‘Penyek’ Ni

Screenshot 2021 11 07 At 2.47.30 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.