in

“Mari sini teman abang” – Lelaki Niaga Murtabak Cabul 3 Budak Perempuan Masa Main ‘Sunat-sunat’

Feature Image Carbul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jenayah rogol, dan cabul yang berlaku kepada kaum wanita memang sudah banyak kali berlaku. Kita juga tidak boleh mengenal pasti pelaku yang melakukan jenayah tersebut mempunyai niat sedemikian terhadap mangsa. Senang kata, pelaku tu boleh jadi sesiapa je.



Terbaru, seorang lelaki yang berniaga murtabak di hadapan sebuah sekolah rendah telah ditahan akibat perbuatannya yang mencabul 3 orang kanak-kanak perempuan.

Murtabak1
Sumber: tribun jakarta

Menurut portal @Tribun Jakarta suspek yang dikenali sebagai Yadi Suryadi, 34, ditangkap oleh pihak polis selepas dia mencabul 3 kanak-kanak perempuan bawah umur. Kejadian itu berlaku di kawasan Cengkareng, Jakarta Barat, Indonesia.

Kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa cabul itu adalah dalam lingkungan umur 5 hingga 7 tahun.

Yadi merupakan seorang peniaga murtabak yang menjual murtabaknya itu di hadapan sekolah mangsa.

Kejadian ini dikatakan berlaku di kawasan stor masjid berdekatan. Suspek yang pada ketika itu sedang berehat di kawasan masjid terlihat tiga orang kanak-kanak tersebut sedang bermain sesama mereka lalu dia menghampirinya.

Yadi telah mengumpan kanak-kanak tersebut dengan mengajak mereka untuk bermain sunat-sunatan. Setelah selesai, dia meminta kanak-kanak itu semua untuk pulang ke rumah masing-masing.

“Setelah mangsa masuk ke dalam stor, suspek mula memanggil mangsa satu per satu dan kemudiannya memasukkan tangan dan meraba kemaluan mangsa.” kata polis.

Perbuatan lelaki ini terbongkar apabila kanak-kanak itu pulang ke rumah, mereka menceritakan kelakuan suspek terhadap diri mereka.

Tanpa membuang masa, ibu bapa kanak-kanak tersebut segera membuat laporan polis terhadap jenayah yang lelaki itu telah lakukan.

Suspek kemudiannya telah di tahan oleh pihak polis pada hari itu juga bagi membantu siasatan.

Murtabak2
Sumber: sosok. Id

Haish, ada juga orang yang macam ni kan? Suka ambil kesempatan. Kesian budak-budak yang masih kecil tu. Diaorang bukan tahu apa pun.

 

Baca: “Masa buat tak takut” – Lelaki Mengaku Cabul Nenek 90 Tahun, Terkencing Dalam Kandang Tertuduh

Uioiuioi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.