in

“Masa buat tak takut” – Lelaki Mengaku Cabul Nenek 90 Tahun, Terkencing Dalam Kandang Tertuduh

Collage 58

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak serik-serik!


Seorang duda didakwa telah mencabul seorang warga emas berusia 90 tahun di rumah mangsa di Kampung Karai, Perak pada jam 8.30 pagi Selasa lalu.

Menurut Harian Metro, tertuduh dikatakan telah memasuki rumah mangsa ketika mangsa sedang baring di atas katil di ruang tamu sebelum mencabul mangsa dengan memeluk, meraba dan mencium mangsa.

Perbuatan Zawari Osman ini terhenti bila cucu warga emas ini pulang ke rumah dan melihat aksi kejinya itu. Zawari kemudiannya melarikan diri sebelum ahli keluarga mangsa membuat laporan polis.

Ketika pertuduhan dibacakan ke atasnya di Mahkamah Majistret Sungai Siput, Zawari terus mengaku bersalah.

Kalau korang nak tahu, ni bukan kesalahan pertama lelaki ni tau! Sebelum ini, dia pernah melakukan perbuatan yang sama terhadap seorang warga emas berusia 65 tahun, dua tahun lalu.

81571894408 Lelaki

Disebabkan lelaki ni pernah melakukan kesalahan yang sama, hakim telah menjatuhkan hukuman penjara empat tahun bermula hari ini. Namun Zawari terselamat dari dikenakan hukuman sebatan kerana umurnya dah melebihi usia 55 tahun.

Paling tak boleh blah, sebelum prosiding kes dia bermula dekat mahkamah tadi, dia siap boleh terkencing dalam seluar lagi sampai pekerja mahkamah terpaksa bersihkan.

Tak cukup dengan tu, dia juga turut buat kecoh bila dia beberapa kali cuba untuk memanjat keluar dari kandang tertuduh. Buat hal betul!

 

Baca: Warga Emas Hadiahkan Telefon Bimbit dan Wang Kepada Budak 9 Tahun Untuk Tutup Perbuatan Cabul

Screenshot 2019 10 24 At 1.39.35 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.