in

Malaysia Mempunyai Kadar Jenayah Tertinggi di Asia Tenggara

Z3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Yup! Betul apa yang korang baca. Malaysia disenaraikan sebagai negara yang mempunyai kadar jenayah tertinggi di Asia Tenggara. Tak terkejut kan?


Numbeo telah mengeluarkan index jenayah bagi tahun 2016 dan selepas mengumpul serta menyusun data dari lebih 118 negara di dunia, Malaysia berada di tangga yang ke-15 di dunia! Kira teruk juga lah tu kan…

A1 1
sumber: numbeo

Bagi seorang rakyat yang prihatin, saya akui ianya agak membimbangkan kerana Malaysia boleh dikatakan sebuah negara yang sedang membangun dan dalam usaha untuk berdiri setanding dengan negara-negara hebat yang lain di dunia.

A1 2

Apabila dikecilkan sedikit kepada Asia Tenggara, Malaysia berada di kedudukan pertama di dalam senarai!

Dengan index jenayah sebanyak 65.56, Malaysia berada di tangga teratas mendahului negara lain seperti Vietnam, Kemboja dan Indonesia yang mempunyai index lebih rendah daripada negara kita iaitu 53.45, 52.72 dan 52.16. Jauh jugak beza!

Sangat tidak mengejutkan apabila jiran kita, Singapura menduduki tangga terakhir dengan indeks yang sangat rendah sebanyak 16.49 di Asia Tenggara, sementara di  ranking dunia mereka menduduki tangga kedua yang terakhir.

A3 2

B

Mengikut Laporan Jenayah dan Keselamatan 2016 yang disediakan oleh OSAC (United States Department of State, Bureau of Diplomatic Security), mereka menerangkan bahawa jenayah kecil adalah satu perkara biasa di Malaysia.

Peningkatan kes jenayah semakin ketara, termasuk beberapa laporan kes serangan, rompakan dan kadang-kala melibatkan senjata.”

– OSAC

Laporan itu turut menerangkan bahawa insiden meragut adalah salah satu jenayah yang paling biasa berlaku di negara ini. Memang betul pun.

Kecurian sebegini boleh berlaku bila-bila masa dan selalunya disaksikan oleh ramai orang, malah ia turut berlaku di kawasan kejiranan mewah yang sering dikawal. Wanita yang berjalan bersama anak kecil adalah antara sasaran utama, tetapi lelaki yang berjalan atau  jogging berseorangan juga pernah menjadi sasaran.”

Antara jenayah lain yang turut ditekankan adalah jenayah kekerasan pemandu teksi terhadap pelancong luar dan penduduk setempat,  penipuan kad kredit, kes pecah rumah dan sindiket pelacuran.

Dengan jumlah jenayah yang semakin meningkat di Malaysia, ia memang benar-benar membimbangkan  kerana tiada langkah-langkah penting yang dapat membendung kegiatan sebegini daripada terus berlaku.

Syukur Malaysia makin aman. Eh?

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.