in

Pemandu Teksi Bawa Pelancong Pusing Jalan Jauh, Kenakan Tambang RM800 Dari KLCC ke Masjid Negara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nota: Gambar di atas tiada kena mengena dengan artikel ini.


Dua pelancong dari Perancis di Kuala Lumpur yang mahu melawat Masjid Negara baru-baru ini ditipu seorang pemandu teksi. Mereka menaiki teksi itu dari KLCC dan dikenakan tambang sebanyak RM800 untuk perjalanan tersebut, lapor Malay Mail. Jauh mana sangat lah KLCC dengan Masjid Negara tu kan…

Gambar hiasan

Seorang wanita berusia 30-an yang hanya mahu dikenali sebagai Sarah memberitahu bahawa mereka menahan teksi tersebut di pusat beli belah Suria KLCC dan terus memberitahu pemandu itu destinasi yang ingin dituju iaitu Masjid Negara yang terletak di Jalan Perdana.

Menurutnya, pemandu teksi itu kemudian enggan menggunakan meter. Bukan itu sahaja, beliau turut melencong dan membawa mereka sehingga ke Putrajaya sebelum tiba di Masjid Negara.

Apabila tiba di destinasi, pemandu itu terus meminta mereka membayar tambang sebanyak RM800. Tanpa berfikir panjang, Sarah dan rakannya memberikan tambang yang diminta dalam keadaan ketakutan.

Selepas itu, mereka terus membuat laporan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tentang kejadian malang ini. Mudah bagi SPAD untuk menjalankan siasatan dan menjejaki pemandu teksi itu kerana Sarah sempat mengambil nombor pendaftaran teksi bersama-sama dengan gambar pemandu itu. Habis lah hang lepas ni….

“Jarak antara KLCC ke Masjid Negara cuma 6 kilometer sahaja. Apa yang dilakukan pemandu teksi ini mungkin akan memburukkan reputasi negara.” kata jurucakap SPAD.

Menurut Malay Mail, jika meter teksi itu digunakan, Sarah dan rakannya hanya perlu membayar RM9.25 atau jika mereka menggunakan teksi eksekutif sekali pun, tambang untuk ke sana mungkin lebih kurang dalam RM16 sahaja.

 

 

Gambar hiasan

Portal berita itu turut menganggarkan tambang perjalanan sehingga Putrajaya itu mungkin hanya sebanyak RM160 sahaja.

Menurut SPAD, pihak mereka kini dalam usaha menjejaki pemandu teksi yang terlibat itu.

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.